32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ramainya Orang Datang Solat Untuk Kau Am, Hujan Pun Iring Jenazah’ – Aufahanie

    Shopee Sale



    Jenazah abang kepada penyanyi, Aufahanie iaitu Allahyarham Muhammad Nidza Afham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam pada jam 6.35 petang Khamis.

    Difahamkan kira-kira 400 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat penyanyi yang berusia 23 tahun itu.

    ‘Umi kata kau anak syurga’

    Terbaharu, Aufahanie atau nama sebenarnya Nur Aufahanie Mokhtar meluahkan rasa terharu mengenai momen itu menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi X.

    Menurut Aufahanie, 21, pemergian Nidza sangat dirasai sehinggakan hujan juga turun mengiringi proses pengebumian arwah abangnya itu.

    Ramainya orang datang nak solat untuk kau Am. Hujan pun iring jenazah, ya Allah.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Geming Jiwa’ ini memaklumkan bahawa ibunya, Irni Yusmira Istihat juga mendoakan agar arwah abangnya itu tergolong dalam kalangan mereka yang akan masuk ke dalam syurga.

    Umi cakap kau anak syurga tau Am, anak syurga.

    Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Ojen Aiwah Bersyukur Tercalon Top 5 Paling Viral Online – ‘Terima Kasih Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia’

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

    Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.

    Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

    Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah