28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramai Rasa Dah ‘Cukup’ Ibadah, Tapi Ini Yang Korang Selalu Terlepas Pandang

    Shopee Sale

    Selepas menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan dan keampunan, mesti ramai dikalangan kita rasa lega kerana sudah selesai ibadah besar pada tahun ini.

    Penat tu memang penat, tapi dalam masa sama rasa puas.

    Cuma dalam tak sedar, ada satu lagi ibadah besar yang ramai terlepas pandang setiap tahun iaitu ibadah korban.

    Ramai nak buat, tapi selalu tertangguh

    Bukan sebab tak nak. Tapi biasalah, hidup tengah laju dan merasakan kesuntukan masa.

    Bukan itu sahaja, ada yang tunggu ‘masa sesuai’, ada yang rasa proses dia nampak rumit dan ada juga yang tak pasti nak mula macam mana. Akhirnya, niat tu tertangguh sampai habis musim.

    Padahal kalau fikir balik, ibadah korban ni bukan sekadar tentang mampu atau tak. Ia lebih kepada simbol ketaatan, rasa syukur dan kesanggupan untuk berkorban sesuatu yang kita sayang demi sesuatu yang lebih besar.

    Bila niat dah ada, yang tinggal cuma cara

    Realitinya, antara sebab utama orang tak jadi buat korban adalah sebab tak tahu nak mula dari mana.

    Nak pilih pakej, nak tentukan negara pelaksanaan, nak faham proses sebenar, semuanya nampak macam banyak step.

    Ditambah pula dengan rasa risau, betul ke pelaksanaan tu berjalan dengan baik? Ada bukti ke?

    Bila terlalu banyak persoalan, ramai terus pilih untuk tangguh dulu.

    Nak mudah? buat dengan cara yang lebih tersusun

    Sebenarnya, bila niat dah ada, yang korang perlukan cuma satu perkara iaitu cara yang lebih mudah dan jelas.

    Melalui Zabeeh Services Sdn. Bhd., urusan korban boleh dilakukan dengan lebih tersusun tanpa perlu pening fikir banyak benda.

    Konsep dia pun straightforward dimana korang pilih pakej korban, pilih negara pelaksanaan daripada senarai yang disediakan dan selebihnya akan diuruskan pihak mereka.

    Malah untuk tahun 2026, antara pilihan yang ditawarkan termasuk korban kambing sekitar RM550, 1 bahagian lembu sekitar RM320, serta pilihan akikah termasuk di Mekah. Ini bagi memberi lebih fleksibiliti mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.

    Lebih meyakinkan, setiap penyertaan turut disertakan sijil sebagai rujukan dan bagi akikah, turut disediakan video atau gambar pelaksanaan.

    Pendekatan macam ni sesuai untuk korang yang nak buat, tapi tak ada masa atau tak pasti tentang proses.

    MENARIK:  [VIDEO] Bos Mydin Beri Bantuan Kepada Sathiya, Netizen Harap Dapat Belikan Rumah Teres – ‘Mudah Nak Gerak Terutama Ke Hospital’

    Bukan sekadar ibadah, tapi juga berkongsi rezeki

    Apa yang menjadikan ibadah korban itu lebih bermakna bukan hanya pada pelaksanaannya, tetapi pada ke mana ia sampai.

    Bila korban dilaksanakan dengan baik, manfaatnya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar memerlukan, termasuk komuniti umat Islam di luar sana yang jarang berpeluang menikmati daging korban.

    Di situlah indahnya ibadah ini. Ia bukan sekadar memenuhi tuntutan, tetapi menjadi satu bentuk perkongsian rezeki yang menghubungkan kita dengan orang lain.

    Bila korang melakukannya, ada rasa yang sukar digambarkan, satu kepuasan yang datang daripada memberi.

    Dalam masa yang sama, bila buat ibadah, sudah tentu korang nak rasa yakin dan tenang.

    Penting untuk tahu di mana korban dilaksanakan, bagaimana prosesnya berjalan dan sama ada ada bukti atau dokumentasi sebagai rujukan. Semua ini memainkan peranan untuk memastikan ibadah dilakukan dengan jelas dan teratur.

    Zabeeh Services Sdn. Bhd. yang telah beroperasi sejak tahun 2014 memberi fokus kepada pengurusan ibadah korban secara tersusun, supaya setiap langkah lebih mudah difahami dan memberi keyakinan kepada mereka yang ingin melaksanakannya.

    Kalau tahun ini ada peluang, jangan tunggu ‘nanti’

    Kadang kita selalu cakap ‘nanti dulu’, ‘tengok macam mana’, atau ‘tahun depan lah’. Tapi peluang macam ni datang setahun sekali je.

    Kalau tahun ni korang rasa ada kemampuan, ada ruang dan hati pun macam tergerak, mungkin itu satu petanda yang baik. Tak perlu tunggu semua benda jadi sempurna baru nak mula.

    Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh semak pakej yang ada, tanya proses dengan lebih jelas, atau daftar awal ikut keselesaan masing-masing.

    Korang juga boleh hubungi terus melalui WhatsApp di +6019-3234577 atau layari laman web rasmi untuk dapatkan info yang lebih lengkap dan terperinci.

    Sebab kadang-kadang, keputusan kecil hari ni boleh jadi sesuatu yang sangat bermakna untuk diri sendiri dan juga orang lain.

    The post Ramai Rasa Dah ‘Cukup’ Ibadah, Tapi Ini Yang Korang Selalu Terlepas Pandang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah