
Pelakon jelita, Mimi Lana sifatkan suaminya, Syafiq Kyle sebagai ‘anak mak‘ setelah 10 tahun menjalin hubungan cinta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle & Mimi Lana Rahsiakan Nikah Sebab Hormat Permintaan Keluarga, Rancang ‘Honeymoon’ Selepas Raya Aidilfitri
10 tahun bercinta
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memaklumkan bahawa ibu mentuanya sudah mengenali kerenahnya dan Syafiq yang telah sedekad lama bercinta.
Ujar Mimi, ibu mentuanya merupakan seorang yang sangat baik dan lemah lembut.
Ibu Syafiq sangat baik dan lembut.
Saya dah lama kenal keluarga Syafiq, sebab kami bercinta dah lama, 10 tahun dah.
Syafiq sebenarnya anak mak.
Ibu Syafiq sangat memahami perangai kami berdua.
Dalam pada itu, Mimi sempat memuji ibu mentuanya yang rajin memasak terutama pada hari istimewa seperti sambutan Hari Raya.
Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di IG.
Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas sumber rapat mengatakan pasangan itu bernikah pada Februari tahun ini.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Sumber: TikTok @Nona
The post [VIDEO] Mimi Lana Sifatkan Syafiq Kyle ‘Anak Mak’ first appeared on OHBULAN!.





