24 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja Bakal Jayakan ‘Ensany Global Peace & Makan Malam Amal’, Perkukuh Nilai Keamanan & Persaudaraan Sejagat

    Shopee Sale



    Kumpulan nasyid Rabbani, Lah Ahmad, Mawi dan Oja merupakan barisan artis yang akan memeriahkan majlis Ensany Global Peace & Makan Malam Amal yang akan berlangsung pada 30 November 2024 jam 8.00 malam di IDCC Shah Alam, Selangor.

    Makan malam amal

    Menurut Azadan Abdul Aziz iaitu selaku ketua kumpulan nasyid Rabbani mewakili Rabbani Empire Resources meluahkan rasa terharu dan berbesar hati atas usahasama dengan Ensany Global Peace.

    Selain dihiburkan dengan persembahan daripada barisan penyanyi popular, majlis pada malam tersebut turut menampilkan Sheikh Abdul Karim Al Makki merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan membaca doa dan alunan ayat suci Al Quran dan DJ Pyan IKIM Fm selaku pengacara.

    Sementara itu, wakil Ensany Global Peace memberitahu bahawa Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia komited dalam menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menyebarkan mesej kemanusiaan dan memupuk semangat perpaduan menerusi pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan.

    Dengan itu, program ini adalah manifestasi dari usaha kami untuk terus memperkukuh nilai-nilai keamanan, kasih sayang, dan persaudaraan sejagat.

    Program Ensany Global Peace bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang universal.

    Kami berharap acara ini akan memberi impak yang mendalam kepada semua yang hadir, dan juga kepada masyarakat yang lebih luas.

    Pakej meja dijual dengan harga RM10,000 (Platinum), RM7,000 (Emas), RM5,000 (Perak) dan RM3,000 (Gangsa) dan setiap meja boleh memuatkan 10 orang.

    MENARIK:  Ogy Ahmad Daud Tidak Akan Kompromi Soal Mutu Kerja, Syukur Masih ‘Laris’ Pada Usia 63 Tahun

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia melalui no akaun seperti di bawah:

    Nama: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
    Nama Bank: Bank Islam
    No Akaun: 1416 201100 2557

    Bagi yang ingin membuat tempahan meja atau seat program ‘Ensany Global Peace & Makan Malam Amal’ boleh terus berhubung dengan wakil melalui email: [email protected] atau whatsapp: 011 2059 9834. atau dapatkan maklumat kami melalui Facebook atau Instagram kami (EnsanyMalaysia).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah