29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Que Haidar, Fazura Bakal Digandingkan Dalam Satu Filem Arahan Syafiq’ – Yusof Haslam

    Shopee Sale

    Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam dalam perancangan menyatukan dua pelakon berbakat besar, Que Haidar dan Fazura dalam sebuah filem di bawah terbitan Skop Productions.

    Artikel Berkaitan: ‘Kena Jujur Dalam Rumah Tangga, Baru Datang Kebahagiaan & Rezeki Daripada Allah SWT’ – Yusof Haslam

    Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Dedah Patimah Pernah ‘Lari’ Rumah Sebulan – ‘Dia Sangka Saya Curang, Bawa Diri Ke Sekolah Pondok’

    Dalam perancangan

    Ketika ditemui , Yusof atau nama sebenarnya Mohd Yusof Md. Haslam Khan berkata filem itu dijangka memulakan penggambaran menjelang hujung tahun ini.

    Saya akan ambil dia (Que) untuk berlakon dalam filem yang akan datang dan nak gandingkan dia dengan yang rapat dengan dia ketika ini iaitu Fazura.

    Filem mahupun tajuk apa saya tak boleh cerita tetapi filem itu dibawah arahan Syafiq.

    Insya-Allah perancangannya ialah untuk mulakan penggambaran pada hujung tahun ini. Skrip dan persiapan sudah dibuat cuma apa yang boleh saya katakan ketika ini ialah semua itu masih lagi rahsia.

    Yusof berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Malaikat Malam di GSC, Mid Valley pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Aina Abdul Anggap Pengorbanan 10 Tahun Dalam Industri Berbaloi, Mahu Ibu Jadi Orang Pertama Naik Kereta Baharu

    Walaupun perbincangan rasmi belum dilakukan, Yusof memaklumkan bahawa kedua-dua pelakon itu telah memberikan respons yang positif.

    Saya baru jumpa tadi (di majlis tayangan perdana) dan kata nak beri tawaran berlakon kepada mereka.

    Reaksi mereka juga positif. Mereka terbuka untuk berbincang nanti.

    Walaupun belum bersetuju tapi insya-Allah mereka akan terbuka dan suka dengan tawaran ini. Lagi pula mereka pun dah lama tak berlakon.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai penglibatan Que dalam filem Malaikat Malam yang dikatakan hanya tampil dalam beberapa adegan, Yusof menafikan bahawa ia berkaitan dengan isu bayaran.

    Bukan sebab itu (mahal) tetapi memang jalan ceritanya begitu.

    Watak Que merupakan sub plot iaitu abang kepada Azam watak yang dibawa Syafiq Kyle.

    Sekadar info, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

    The post ‘Que Haidar, Fazura Bakal Digandingkan Dalam Satu Filem Arahan Syafiq’ – Yusof Haslam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah