31.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pulau Pinang tidak laksana BDR, penjawat awam kekal di pejabat

    Shopee Sale

    Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang hari ini memutuskan agar tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam susulan cabaran kenaikan harga bahan api.

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira ketiadaan keperluan mendesak untuk berbuat demikian ketika ini.

    "Kita rasa bukan sesuai untuk semua bekerja secara BDR dan tiada keperluan mendesak," katanya pada sidang media di Komtar di George Town hari ini.

    MENARIK:  Pahang sedia tutup sekolah jika IPU sangat tak sihat

    Jumaat lepas, Chow berkata kerajaan negeri sedang meneliti pelaksanaan BDR bagi penjawat awam susulan cabaran kenaikan harga bahan api berikutan krisis tenaga global dan akan mengadakan perbincangan dalam MMK hari ini.

    Pada 26 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan peraturan kerja lebih anjal bagi penjawat awam termasuk BDR bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah