Pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil memberi respon terhadap kenyataan yang dibuat oleh madu kepada anaknya Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan.
Artikel Berkaitan: ‘Dah La Nikah Luar Malaysia, Dengan Tiada Pengesahan Sijil Nikah’ – Abby Abadi Mahu Aslam Dikenakan Tindakan
Artikel Berkaitan: ‘Hidup Adik Masih Panjang, Jangan Sia-Siakan…Kalau Ada Peluang U-Turn, Kembalilah’ – Suami Abby Abadi
Abby respon kenyataan Umisya

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 49, menjelaskan situasi yang berlaku mengikut perspektif pihaknya bagi mengelakkan kekeliruan.
Dari awal hal Aslam dengan Marissa ini, saya tak pernah dan langsung tak sebut pun tentang isterinya, sebab saya memang tak nak cakap apa-apa tentang belah sana, sebab saya tahu dia tentu dah terluka dengan apa yang berlaku.
Tak backing pun anak saya sebab tahu dia sangat-sangat salah sebab masuk dalam rumah tangga orang! Saya cuba tarik anak saya tapi tak berjaya.
Bagaimanapun, dia menyangkal dakwaan Umisya yang mengatakan kedua-dua pihak kerap bertemu untuk berbincang mengenai isu tersebut.
Tulis dah berkali-kali jumpa tapi dua kali je jumpa.
Satu masa awal-awal tahu Aslam dengan anak saya berhubung, satu lagi lepas tahu nikah di Thailand..
Tak ada pula timbul pasal suruh report polis ke apa.
Abby minta henti mereka cerita

Mengulas lanjut, Abby mengakui bahawa sebelum ini dia sudah menasihati anaknya itu untuk memutuskan hubungan serta tidak lagi berhubung dengan Aslam.
Namun dia tidak menyangka tiba-tiba mendapat perkhabaran Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Thailand.
Lepas dari berjumpa yang pertama, kami dah nasihat, pesan pada anak kami. Macam-macam dah cakap.
Tak ada langsung saya berhubung dan berjumpa lagi dengan pihak sana sebab saya ingat dah tak berhubung lagi. Tiba-tiba kecoh kata dah lepas ke Thailand.
Abby turut memohon agar pihak Umisya tidak menambah cerita tidak benar yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Salah memang salah anak saya masuk dalam hubungan ini, tapi janganlah berlebihan mereka-reka cerita. Benda tak ada jangan diadakan.
Terdahulu, pagi Isnin, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.
Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.
Sumber: Threads Abby Abadi
The post ‘Memang Salah Anak Saya Tapi Jangan Berlebihan Mereka Cerita’ – Abby Abadi Sangkal Kenyataan Umisya Mazlan first appeared on OHBULAN!.





