Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Pinn Yang tampil memberi semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan kurang cemerlang.
Artikel Berkaitan: Pinn Yang Sumbang RM30,000 Buat Persatuan Cinta Gaza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM
Kata semangat
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Pinn Yang berkongsi keputusan yang diperoleh dahulu sehingga membuatkan dirinya berasa ketinggalan berbanding rakan-rakan yang memperoleh keputusan lebih cemerlang.
Bagaimanapun, usahawan berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjamin masa depan yang cerah.
Saya cuma dapat 1 A saja untuk SPM dulu. Rasa macam ketinggalan jauh dalam hidup.
Tapi bila tengok balik, itu sebenarnya baru garis permulaan.
Apa yang anda buat selepas itu adalah lebih penting.
Cari minat, belajar skill baru dan mula.
SPM bukan pengakhiran




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata calon SPM berterima kasih atas kata semangat yang diberikan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Selain itu, warganet turut bersetuju dengan kenyataan Pinn Yang yang menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan penentu keseluruhan kehidupan.
Sumber: Threads @pinn_yang
The post Pinn Yang Dedah Raih Hanya 1A, Titip Kata Semangat Buat Calon SPM – ‘Apa Yang Anda Buat Selepas Itu Lebih Penting’ first appeared on OHBULAN!.





