29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Puasa Orang Tak Solat Tidak Diterima Di Sisi Allah SWT & Tidak Mendapat Pahala’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan. Namun, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat adakah sah puasa seseorang jika dia tidak menunaikan solat?

    Puasa tapi tak solat?

    " data-video-id="7351334713342102786">
    @ustazkembar Jadi hati-hati jangan tak solat, puasa dan solatlah kerana keduanya adalah kewajipan yang dituntut #KongsiBersama #pusatdakwahhaffa #haffa #ustazkembar #ramadan2024 #ramadantiba #puasa #kurma #doa #ramadan ? original sound – Ustaz Kembar – Haffa

    Pendakwah bebas, Ustaz Kembar berkata bahawa puasa tetap sah dari segi hukum fiqh jika seseorang itu menunaikan syarat dan rukun puasa dengan betul.

    Namun, dari sudut ganjaran dan penerimaan ibadah di sisi Allah, meninggalkan solat adalah satu dosa besar yang boleh menjejaskan nilai ibadah puasa itu sendiri.

    Puasa orang tak solat ni sah, tidak batal tetapi tidak diterima di sisi Allah SWT dan tidak mendapat pahala.

    Walaupun begitu, setiap orang diwajibkan untuk berpuasa, kerana jika tinggalkan puasa maka berdosa besar pula. Jadi, kalau tidak berpuasa dan tidak solat, dia akan dua dosa besar.

    Solat tiang agama

    Sekadar gambar hiasan

    Beliau turut menegaskan bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik diri untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan taat kepada perintah Allah.

    MENARIK:  Ambang Tahun Baharu 2026: Melaka Lancar Tahun Melawat 2.0, Sasar 19 Juta Pelancong

    Oleh itu, setiap umat Islam bukan sahaja perlu menjaga puasa, tetapi juga memelihara solat agar ibadah yang dilakukan lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

    Puasa orang tidak solat ini hanya akan diterima oleh Allah SWT setelah seseorang individu itu bertaubat dan kembali solat serta qada semua solat yang ditinggalkan.

    Kerana itu lah, jangan tinggal solat sebab solat adalah tiang agama yang ‘meluluskan’ semua ibadah yang lain. Jika kita gagal dalam solat, maka ibadah lain juga akan turut gagal.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah