26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Riz Terkilan Dijerkah Pak Cik Gara-Gara Baring Dalam Masjid – ‘Bukan Tidur Semalaman Pun, Hanya Tunggu Waktu Solat’

    Shopee Sale



    Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.

    Ada hadis

     

    View this post on Instagram

    A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berasa terkilan apabila ditegur semasa berehat seketika sementara menunggu waktu solat.

    Pak cik-pak cik yang bertanggungjawab selia masjid, jangan jerit saat orang iktikaf di masjid.

    Bukan tidur semalaman pun, hanya berehat sekejap menunggu maghrib.

    Sajalah berkongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan berjemaah waktu maghrib kerana sedikit masa dan sebagainya, hari itu saya saja tunggu.

    Terkejut, kena jerit baring dalam masjid. Sedih juga la.

    Menurut pendakwah berusia 29 tahun tersebut, tindakan seperti itu adalah tidak wajar dan kurang sopan.

    Dia mari dengan suara yang amat deras dan kuat. ‘Tak boleh tidur dalam masjid, orang marah!’

    Siapa nak marah? Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadab.

    Buat apa buat masjid, tapi tak bagi orang duduk sekejap?

    Dalam masa yang sama, suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu turut berkongsi tentang iktikaf yang dinyatakan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

    Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat.

    Kata Nabi Muhammad SAW, ‘menunggu waktu solat itu adalah dituntut dalam agama dan juga iktikaf.

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Berterima Kasih Kepada Peminat Pakai Tudung Brand Jenamanya

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah