33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’

    Shopee Sale



    Pendakwah selebriti, PU Riz memberi teguran kepada individu yang memandang ringan terhadap kewajipan menutup aurat.

    Jangan pamer dosa

     

    View this post on Instagram

    A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

    Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail bertindak menyuarakan pendapatnya berikutan kenyataan individu tersebut disifatkan keterlaluan.

    Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut, ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’.

    Kita manusia tak lari dari kesilapan, tapi dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap.

    Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu turut berkongsi hadis Rasulullah SAW berkenaan larangan mempamerkan dosa.

    Kata Nabi Muhammad SAW, ‘setiap umatku diampunkan kecuali yang terang-terangan.’

    Kita semua buat dosa, tapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan.

    Suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu juga, menasihati supaya setiap Muslim sedar akan kekhilafan mereka.

    Malulah kita dengan dosa, sebab yang buat dosa pahala ini bukan bapa saudara kita, tetapi Allah yang menetapkannya.

    Belajarlah, jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan sahaja.

    Kalau rasa perasaan dalam hati, jadi sandaran semata-mata.

    Memang akan binasa hidup ini, syariat tuhan hadir bagi membimbing manusia.

    MENARIK:  ‘Sehari Habis Sekotak’ – Akim Ahmad Dah Setahun Berhenti Merokok, ‘Turning Point’ Selepas Ayah Diagnos Kanser Paru-Paru

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah