29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Produk Didakwa Tiru Jenama Terkenal, MUA Bellaz Mohon Maaf – ‘Saya Akan Perbaiki Mana Yang Kurang’

    Shopee Sale

    Usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dakwaan bahawa rekaan produk terbaharunya, Bellaz Super Lipgloss, meniru rekaan jenama antarabangsa, Rhode, yang diasaskan oleh Hailey Bieber.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wajah Anak-Anak MUA Bellaz Curi Perhatian, Netizen Usik Minta Tambah Zuriat Lagi – ‘Helok Semuanya, Nombor 5 Soon!’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Rai Hari Lahir Anak Secara Sederhana, Netizen Kagum Lihat Suasana Majlis – ‘Dia Jemput Orang Kampung’ 

    Bellaz mohon maaf

    Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada semua pihak.

    Menurut Bellaz, dia sememangnya tertarik dengan konsep rekaan yang minimalis dan mengakui mendapat inspirasi daripada jenama tersebut sebelum produknya dihasilkan.

    Hampa, Bellaz nak minta maaf banyak-banyak yang kecam gloss Bellaz ikut macam Rhode. Bellaz minta maaf sangat-sangat apa yang berlaku

    Jujur cakap, memang dari awal sebelum buat, Bellaz ada cakap Bellaz akan inspired (terinspirasi) dengan design Rhode semua

    Dalam pada itu, Bellaz turut menjelaskan bahawa terdapat perbezaan pada rekaan produknya, terutamanya pada warna penutup tiub yang berwarna putih, berbeza dengan rekaan asal.

    Ya, Bellaz tahu Bellaz hanya local brand kecil saja yang baru cuba buat design minimalis macam ni.

    Sementara itu, Bellaz berjanji akan mengambil maklum balas tersebut secara positif dan akan berusaha untuk melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.

    Bellaz akan perbaiki lagi mana yang kurang. Minta maaf banyak-banyak..

    Menjengah ke ruangan komen, ada di antara warganet  mengkritik tindakan Bellaz yang dikatakan meniru jenama terkenal itu.

    MENARIK:  ‘Ini Bukan Putus Sahabat, Tapi Putus Adik- Beradik’ – Enot

    Malah tidak kurang ada yang memuji kejujuran  dan sikap rendah diri Bellaz dalam menangani kontroversi tersebut.

    Paling Viral Online

    Untuk makluman, Mua Bellaz turut tercalon bagi kategori Usahawan Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.

    Selain Mua Bellaz, antara usahawan yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Kak, KM, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Datuk Seri Aliff Syukri, Christy Ng dan ramai lagi.

    Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.

    Sumber: Threads Mua Bellaz

    The post Produk Didakwa Tiru Jenama Terkenal, MUA Bellaz Mohon Maaf – ‘Saya Akan Perbaiki Mana Yang Kurang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah