28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prince Syed Menangis Dituduh Gagal Jadi Suami Bertanggungjawab – ‘Saya Terlalu Sayang Isteri, Tak Pernah Halang Jumpa Keluarga’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed mengakui terkilan dengan sikap segelintir wargamaya yang menuduh dirinya gagal menjaga isteri dengan baik.

    Artikel Berkaitan: Prince Syed Syukur Isteri Tunjuk Perkembangan Positif, Dedah Permintaan Tak Mahu Jumpa Sesiapa – ‘Sayang Merayu Sangat Kali Ini’ 

    ‘Saya terlalu sayang isteri’

    Syed berkata, dia sentiasa berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab dan menyifatkan tuduhan menyamakannya dengan individu yang memudaratkan isteri sebagai sesuatu yang tidak berasas.

    Sekiranya apa yang saya katakan selama ini adalah bohong, saya akan menerima balasan pedih bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

    Saya terlalu sayang isteri saya, saya tidak boleh hidup jika tiada dia di sisi. Pengalaman yang terjadi kepada kakak saya membuatkan saya mahu menjaga isteri saya dengan baik.

    Tetapi bila ada orang tuduh saya tidak pandai menjaga isteri, samakan saya dengan individu yang suka menyeksa isteri, saya sangat terkilan. Sebab saya sedaya upaya mahu menjadi seorang suami yang baik.

    Syed berkongsi perkara itu menerusi saluran podcast ikstudio.

    MENARIK:  Kim Seri Umum Bakal Bernikah Dengan Jejaka Korea Dalam Masa Terdekat – ‘Dia Bujang & Saya Bukan Milik Sesiapa’

    Dalam masa sama, Syed turut menegaskan dirinya tidak pernah menghalang isteri daripada berjumpa dengan keluarganya.

    Sepanjang perkahwinan, saya tak pernah larang isteri berjumpa dengan keluarga dia. Siapa saya perlu halang isteri daripada berjumpa keluarga. Ibaratnya kalau saya sendiri tidak dapat jumpa keluarga, apa perasaan saya?

    Keluar macam-macam kenyataan daripada pihak lain, sehingga orang luar percaya. Saya dan isteri tertanya-tanya apa yang kami lakukan.

    Sumber: TikTok

    The post Prince Syed Menangis Dituduh Gagal Jadi Suami Bertanggungjawab – ‘Saya Terlalu Sayang Isteri, Tak Pernah Halang Jumpa Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah