26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Posting Terakhir Bersama Anak Di IG Story Jadi Tumpuan, Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Da’i Syed

    Shopee Sale



    Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed menjadi bualan hangat apabila dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Simpati terhadap anak dan isteri

    Terbaru, menerusi pemerhatian pihak , rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen Da’i Syed di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mendengar berita tersebut.

    Bukan itu sahaja, netizen turut bersimpati terhadap isterinya, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu.

    Peluk anak

    Menjengah di Instagram Story, Da’i Syed dilihat memuat naik momen bersama anaknya, pada malam Khamis.

    Foto tersebut menunjukkan Da’i Syed sedang membaca buku sambil memeluk anaknya.

    Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh selepas mendengar keputusan Hakim Norazlin Othman.

    MENARIK:  Aliff Syukri Dipuji ‘Humble’, Tunai Janji Belikan Anak Telefon Di Usia 13 Tahun – ‘Dia Beli Bukan Yang Latest Punya’

    Syed Iqmal sempat memeluk isterinya, isteri, Hana Ismail, 38, yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak 16 hari lalu. Difahamkan, hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini (30 Ogos).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah