34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perlu Atau Tidak Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Ini Penjelasannya

    Shopee Sale

    Bagi kaum wanita, menjaga kebersihan diri semasa haid sentiasa menjadi keutamaan, bukan sahaja untuk keselesaan diri tetapi juga bagi memastikan kesihatan terpelihara serta mengekalkan kesucian menurut ajaran Islam.

    Artikel Berkaitan: Wanita Haid Masih Boleh Membaca Al-Quran, Elak Risiko Terlupa Hafalan Hafazan

    Artikel Berkaitan: 10 Amalan Sunat Hari Jumaat

    Bebas memilih untuk basuh atau tidak

    Salah satu kebiasaan yang sering dilakukan ialah membasuh pad atau tuala wanita sebelum dibuang, kerana untuk mengelakkan bau darah haid yang kurang menyenangkan.

    Namun, dari sudut ajaran Islam, tindakan ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang dalil atau hadis yang menyatakan bahawa tuala wanita perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dibuang.

    Nabi S.A.W. sendiri hanya menekankan pembersihan darah haid daripada pakaian sahaja, dan tiada ketetapan khusus mengenai tuala wanita yang telah digunakan.

    Terdapat sesetengah kepercayaan yang menyatakan bahawa tuala wanita yang tidak dibasuh akan menjadi ‘makanan’ makhluk halus, namun ianya tiada asas dalam ajaran Islam.

    MENARIK:  Ameera Zaini Terus Terbang Tinggi, Pertama Kali Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa

    Oleh itu, membasuh tuala wanita sebelum dibuang adalah pilihan peribadi untuk mengekalkan kebersihan dan mengurangkan bau.

    Sekiranya seseorang wanita itu memilih untuk membasuhnya, ia perlu dilakukan dengan teliti. Pastikan darah dibersihkan sepenuhnya sebelum dibuang.

    Selepas itu, kebersihan tangan juga perlu dijaga dengan mencuci menggunakan sabun dan air yang mengalir.

    Kebersihan kawasan sekitar tandas, terutamanya lantai, juga penting bagi mengelakkan sisa darah mencemari persekitaran.

    Setelah tuala wanita siap dicuci, sebaiknya ia dibungkus menggunakan kertas, tisu, atau beg plastik kecil sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.

    Walau bagaimanapun, wanita bebas memilih sama ada mahu membasuh tuala wanita yang digunakan atau membuangnya terus, selagi ia dilakukan dengan cara yang bersih dan sejajar dengan prinsip kebersihan yang diajar dalam Islam.

    Sumber: Kelab Mama

    The post Perlu Atau Tidak Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang? Ini Penjelasannya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah