30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pereka Fesyen Jadikan Siti Nurhaliza Sebagai Inspirasi Cipta Lagu ‘Si Gadis Lebaran’ – ‘Beliau Bintang Yang Sentiasa Memartabat Budaya Melayu’

    Shopee Sale



    pereka fesyen siti

    Duo pereka fesyen dari FM Group, Farel Mikhail dan Jonathan Kok menjadikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai sumber inspirasi ketika menulis lirik lagu raya pertama yang berjudul Si Gadis Lebaran.

    Jadi penulis lagu

    siti nurhaliza

    Menurut Farel, dia terbayangkan penampilan Siti Nurhaliza yang sentiasa mengangkat martabat budaya Melayu.

    Ketika membuat lirik lagu ini, saya terbayangkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ini kerana, penampilan Siti Nurhaliza yang sinonim dengan imej wanita Melayu.

    Bukan itu sahaja, Siti Nurhaliza juga antara penyanyi yang mempunyai banyak lagu raya yang popular dan menjadi siulan ramai.

    Siti Nurhaliza juga merupakan bintang yang sentiasa memartabat budaya Melayu. Kami kagum sangat, di sebalik nama besar yang dibina, Siti Nurhaliza tak pernah lupa akar budaya kita.

    Contohi semangat Aliff Syukri

    pereka fesyen

    Bagaimanapun, Farel berdebar menunggu reaksi masyarakat terutama netizen terhadap lagu raya terbitan mereka.

    Kata Farel yang pertama kali menjadi penerbit, lagu ciptaan dirinya bersama Tya Amida yang dinyanyikan oleh Aliff Azman ini merupakan satu percubaan berani FM Group.

    Tak dinafikan memang ada yang cakap, kalau dah jadi designer itu, tak payah sibuk nak cipta dan terbitkan lagu. Fokus sahaja dunia fesyen.

    Bagi saya dan Jonathan, tak salah kami nak mencuba sesuatu yang baharu. Lagi pun fesyen dan dunia seni saling berkaitan. Belum cuba belum tahu.

    Biarlah apa orang nak cakap, kami ambil semangat Datuk Seri Aliff Syukri yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Lihat Aliff Syukri, orang nak kata apa sekalipun, dia tetap teruskan menyanyi.

    Aliff Syukri adalah inspirasi kami. Semangat serta keberanian yang ditonjolkan dalam media sosial sebenarnya memberi dorongan kepada kami mahu pun orang lain yang mungkin masih ragu-ragu membuat keputusan dan takut menanggung risiko.

    Berani mencuba dan tahu apa yang dia mahukan, menjadikan Aliff Syukri berada di tahap sekarang. Jadi, kami terinspirasi untuk terlibat sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit lagu Si Gadis Lebaran.

    Lagi pun, takkan Aliff Syukri je nak ada lagu raya. Kami pun nak juga. Selain itu, antara tujuan kami buat lagu raya ini bukanlah sekadar nak memeriahkan sambutan Syawal dan industri muzik, tapi juga nak berkongsi bakat dalam bidang penulisan lagu.

    Bercerita mengenai Si Gadis Lebaran, Farel berkata mengisahkan tentang wanita yang cantik bergaya di hari raya. Kejelitaannya makin menyerlah apabila mengenakan baju tradisional Melayu.

    MENARIK:  ‘Bayar Harga Saya Tapi Nak Sekali Shila Amzah’ – Ubai MZ

    Ditanya kenapa tidak menyanyikan sendiri lagu tersebut, Farel menyatakan dia tidak berbakat namun meletakkan harapan untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Farel ditemui media dalam acara Beautiful Malaysia: Celebrating Malaysia Foods, Arts, Culture and Fashion yang berlangsung di Grandmama, Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur.

    13 jenis rekaan busana wanita Melayu

    13 jenis rekaan busana wanita Melayu

    Sementara itu, dalam acara Beautiful Malaysia, Farel dan Jonathan yang membawa jenama FM Group turut memperagakan pakaian rekaan mereka.

    13 jenis rekaan busana wanita Melayu di Malaysia yang kami bawakan bukan sahaja sesuai dipakai ketika hari raya, malah pada hari lain juga. Boleh dikatakan juga 13 rekaan itu mewakili setiap negeri di Malaysia.

    Rekaan bermotifkan songket serta batik ini berinspirasikan wanita Melayu misalnya Puteri Perak untuk negeri Perak, Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), Kebaya Sulam (Pulau Pinang), Kurung Riau (Johor) dan banyak lagi.

    Untuk 13 rekaan ini, saya turut bekerjasama dengan pereka fesyen dari Sarawak, Melakar, Pulau Pinang dan Kedah dalam memenuhi tema tradisional wanita Melayu.

    Sebenarnya cantik dan unik sekali memakai baju raya tema ini. Warisan turun temurun ini harus diteruskan generasi hari ini. Siapa lagi nak martabatkan imej busana tradisional kita, kalau bukan kita sendiri.

    Farel juga berpendapat, acara Beautiful Malaysia ini adalah salah satu usaha untuk mencapai objektif memartabatkan seni kebudayaan yang terdapat di Malaysia.

    Fesyen, sama seperti makanan dan seni, adalah alat yang kuat untuk memelihara dan mengembangkan identiti budaya kita agar dapat kekal relevan dan meriah untuk generasi akan datang.

    Secara tidak langsung, kami juga menyahut usaha kerajaan memperkasa, memelihara dan memulihara sejarah, budaya dan warisan negara agar kita dapat mencintai budaya yang menjadi lambang tradisi dan pelengkap kepada identiti serta tamadun masyarakat berbilang etnik.

    Beautiful Malaysia ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

    Sedikit info, FM Group yang merupakan penganjur festival fesyen Precious Of Malaysia ini turut menerbitkan buku Pesona Kebaya.

    Apa yang menarik, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli melancarkan buku Pesona Kebaya – Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah