34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyanyi Terkenal Kantoi Separuh Bogel Depan Kelab Gay?

    Shopee Sale

    Seorang ahli kumpulan idol terkenal dari Jepun, Kusama Richard Keita ditahan polis kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. 

    Berada dalam keadaan mabuk?

    Ahli kumpulan STARTO Entertainment Aぇ! itu ditahan pada 4 Oktober lalu selepas didapati berada dalam keadaan separuh bogel pada awal pagi di Shinjuku, Tokyo.

    Difahamkan, orang awam yang melihat insiden itu tampil menghubungi pihak polis. Apabila polis tiba, Richard dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

    Susulan tular beberapa foto dan video yang memaparkan Richard, kebanyakan peminat berpendapat kejadian itu kelihatan mencurigakan dan mungkin satu perangkap yang dirancang oleh seseorang yang dikenali.

    MENARIK:  [VIDEO] Halim Othman Dedah Dah Lebih Setahun Tak Jumpa Anak – ‘Myra Tak Balas Mesej, Saya Mahu Beri Dia Ruang’

    Tetapi keadaan bertambah hangat apabila ada peminat mendakwa lokasi kejadian seolah-olah Richard berada di luar sebuah bar gay, serta tular kembali video lama Richard yang dilaporkan pernah berada di kelab gay pada 2023.

    Walau bagaimanapun, ramai peminat berpendapat bahawa tidak wajar untuk membuat spekulasi mengenai orientasi seksual seorang idol, terutamanya dalam masyarakat Jepun yang masih memegang pandangan tradisional tentang komuniti LGBTQ.

    STARTO Entertainment mengumumkan bahawa Richard akan menangguhkan aktivitinya bersama kumpulan buat sementara waktu.

    Sumber: Koreaboo

    The post Penyanyi Terkenal Kantoi Separuh Bogel Depan Kelab Gay? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah