Seorang penyanyi lelaki tampil menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan kes seorang penyanyi lagu tradisional didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap seorang pelakon cilik.
Artikel Berkaitan: Caprice Dedah Penyanyi Lelaki Didakwa Buat ‘Sexual Grooming’ Terhadap Pelakon Cilik, Cium Hujung Bibir, Pipi & Dahi?
Fitnah

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi tersebut menegaskan bahawa khabar angin yang tersebar adalah tidak benar sama sekali dan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan satu bentuk fitnah.
Malah, dia memaklumkan bahawa kes tersebut kini sedang disiasat pihak polis dan segala bukti sedang dikumpulkan bagi membantu siasatan.
Siasatan sedang dijalankan. Segala bukti dikumpul dan semua saksi disoal siasat bagi membantu proses siasatan.
Saya ingin menegaskan bahawa segala tuduhan yang sedang tersebar adalah tidak benar dan itu merupakan satu bentuk fitnah serta tohmahan.
Dalam masa sama, penyanyi itu turut menyeru orang ramai agar kekal tenang dan tidak membuat andaian melulu, selain menghargai sokongan yang diterima daripada para penyokongnya.
Saya berharap agar semua kekal tenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
Doakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan keluarga. Terima kasih kepada semua yang masih setia mendoakan dan memberi kata-kata semangat. Saya amat menghargainya.
Terdahulu, personaliti media sosial, Caprice, membuat satu pendedahan mengejutkan berhubung seorang penyanyi lagu tradisional yang didakwa telah melakukan perbuatan amang seksual terhadap seorang pelakon cilik.
Tidak lama kemudian, ibu kepada pelakon kanak-kanak itu tampil membuat kenyataan bahawa penyanyi terbabit pernah mencium anaknya di beberapa bahagian termasuk di dahi, pipi dan bibir.
Menurut wanita itu lagi, anaknya mula mengenali penyanyi berkenaan selepas ditawarkan berlakon dalam sebuah pementasan teater. Dia tidak menyangka hubungan mereka menjadi terlalu akrab.
The post Penyanyi Lagu Tradisional Nafi Terlibat Kes Amang Se*sual Pelakon Cilik – ‘Itu Fitnah’ first appeared on OHBULAN!.





