Pelakon dan pengacara, Didie Alias menasihati golongan selebriti yang saling berseteru supaya menyelesaikan kemelut secara matang dan profesional, bukannya meluahkan perasaan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Tahniah Anak Buahku, Sir Uzairi Kerana Dah Berpunya’ – Didie Alias
Selesai secara profesional

Menurut Didie, 54, platform digital bukan medium terbaik untuk menyelesaikan konflik kerana tindakan itu berisiko memburukkan lagi keadaan.
Mudah sahaja, tidak perlu luahkan di sini (media sosial). Nak gaduh depan-depan. Kalau mahu selesaikan isu, lebih baik berjumpa secara berdepan. Barulah betul.
Selesai secara bersemuka lebih profesional. Contoh macam saya, kalau tak puas hati, saya pergi jumpa terus.
Orang kata saya gaduh dengan orang itu, saya pergi jumpa. Kalau bagitahu dalam media sosial, lagilah netizen bagi nasi tambah.
Didie berkongsi pandangan tersebut ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok selepas diminta mengulas mengenai isu pergaduhan antara dua selebriti yang kini menjadi topik perbualan hangat.
Bagaimanapun, Didie memilih untuk tidak menuding jari atau memihak kepada mana-mana individu, sebaliknya percaya kedua-dua figura terbabit cukup matang untuk mengendalikan situasi berkenaan.
Tambah Didie, menjaga hubungan sesama rakan industri amat penting bagi memastikan keharmonian dunia seni tanah air.
Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Masing-masing sudah besar dan matang, malah sudah pun berkeluarga atau bakal mendirikan rumah tangga.
Dalam media sosial, lebih elok kita kongsikan hal berkaitan kerja. Perkara remeh tak perlu dicanang. Industri kita kecil.
Sumber: Threads
The post ‘Nak Gaduh Depan-Depan, Tak Perlu Luah Di Media Sosial’ – Didie Alias first appeared on OHBULAN!.





