26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peniaga Air Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Jaga Isteri Strok – ‘Rumah Tak Ada Lif, Saya Dukung Dia Naik Tingkat 4’

    Shopee Sale

    Seorang pesakit buah pinggang sanggup mengorbankan diri demi menjaga isterinya yang juga sedang berdepan masalah kesihatan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diperli Rakan Sekerja, Suami Pekakkan Telinga Jaga Isteri Hingga Akhir Hayat – ‘Muka Asyik Cuti, Macam Dia Sorang Ada Isteri’

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Sambut Hari Lahir Bersama Ibu Bapa Syed Saddiq, Netizen Fokus Tulisan Pada Kek – ‘Ada Perkataan Grumpy Munchkin’

    Artikel Berkaitan: ‘Biarlah Saya Jaga Dia Sampai Akhir Hayat ’ – Kerana Setia, Suami Enggan Hantar Isteri Uzur Ke Pusat Jagaan

    Jaga isteri

    " data-video-id="7529678598194613522" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @hafizuddin052

    Pakcik ni sakit buah pinggang tahap 5, isteri pula strok. Tapi mereka tetap kuat cari rezeki, jual air di pasar. Kalau tak mampu bantu banyak, cukup kongsi video ni. Moga ada yang sudi hulurkan bantuan. Pasar Malam pantai dalam,KL,Hari Sabtu.Jom kita support pakcik ni.#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #viral #viralvideo #bantuan #melayu

    ♬ original sound – Ustad Jungler – Ustad Jungler

    Menerusi hantaran di TikTok Ustad Jungler, seorang lelaki yang juga peniaga air di pasar tani berkongsi tentang penyakit yang dialami oleh isterinya.

    Meskipun isterinya sudah tidak mampu untuk bergerak dan mengurus diri sendiri, namun lelaki tersebut menerima takdir Allah SWT dengan reda.

    Dia ada kencing manis, strok dan kaki dia dah kena potong. Dia pun dah tak boleh bercakap sekarang.

    Nak makan pun tak boleh, dia kena pakai tiub. Dia sakit semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi.

    Saya reda dengan kehendak Allah Taala.

    Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga sanggup mendukung isterinya menaiki tangga ke kediaman mereka walaupun dia juga menghidap penyakit kronik.

    Saya tinggal di Meru, rumah flat, tingkat empat dan tak ada lif. Saya dukung dia naik ke tingkat empat.

    Saya pun sakit, ada kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang tahap lima.

    Jualan tak tentu, sekarang jual air kadang-kadang habis..kadang-kadang tak.

    Netizen bersimpati

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan keadaan pasangan tersebut namun kagum dengan kecekalan mereka mengharungi ujian hidup.

    Sumbangan

    Untuk sumbangan kepada pasangan tersebut, Ustad Jungler turut berkongsi kod QR agar orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.

    Sumber: TikTok Ustad Jungler

    The post Peniaga Air Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Jaga Isteri Strok – ‘Rumah Tak Ada Lif, Saya Dukung Dia Naik Tingkat 4’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah