34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengambilan Daging Merah Secara Berlebihan Boleh Jejaskan Buah Pinggang, Risiko Dapat Kanser – Kajian

    Shopee Sale

    Daging merah seperti lembu dan kambing merupakan sumber protein dan lemak yang penting untuk menyokong pertumbuhan, pemulihan otot serta membekalkan tenaga harian.

    Artikel Berkaitan: Nutrisi Ayam Kampung, Lebih Organik & Berkhasiat

    Artikel Berkaitan: Hati-Hati! Minuman Panas Boleh Tingkatkan Risiko Kanser Esofagus

    Berisiko dapat kanser

    Daging merah kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti zink, selenium, fosforus, zat besi, tembaga, potasium, magnesium, sodium, serta vitamin B, vitamin K, dan vitamin D.

    Sekiranya ia diambil dalam kuantiti dan kualiti yang betul, nutrien ini mampu menjadikan tubuh lebih sihat, tegap, bertenaga, dan cergas.

    Walau bagaimanapun, pengambilan daging merah secara berlebihan atau berkualiti rendah boleh memberi kesan negatif kepada tubuh.

    Kajian yang diterbitkan dalam The Journal of the American Medical Association menunjukkan bahawa pengambilan daging merah yang berlebihan boleh berisiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan kanser.

    Bagi mengurangkan risiko ini, The American Institute for Cancer Research menasihati agar pengambilan daging merah tidak melebihi 18 auns bersamaan 510.3 gram seminggu.

    Tekanan buah pinggang

    Selain itu, pengambilan daging merah secara berlebihan berisiko membebankan buah pinggang untuk memproses sisa metabolik, yang akhirnya boleh menjejaskan fungsi organ kritikal ini dalam jangka masa panjang.

    MENARIK:  [VIDEO] Bil Meningkat Tiba-Tiba? Ini Apa Air Selangor Buat Untuk Selesaikan Isu Ni!

    Menurut penyelidikan terkini dari Duke-NUS Medical School, keadaan ini berisiko menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD) yang boleh berkembang ke tahap penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) dan memerlukan dialisis.

    Statistik menunjukkan bahawa individu yang banyak mengambil daging merah mempunyai risiko 40 peratus lebih tinggi untuk mengalami CKD dan ESRD berbanding mereka yang mengurangkan pengambilannya.

    Oleh itu, disarankan agar pengambilan protein daripada daging merah dikurangkan dan digantikan dengan sumber lain, seperti daging putih atau protein tumbuhan, untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang.

    Mengekalkan keseimbangan nutrien dalam diet bukan sahaja mengurangkan risiko penyakit, tetapi juga memastikan tubuh berfungsi dengan optimum.

    Konsultasi dengan doktor atau pakar pemakanan amat penting bagi merancang diet yang selamat dan sesuai untuk jangka panjang.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Pengambilan Daging Merah Secara Berlebihan Boleh Jejaskan Buah Pinggang, Risiko Dapat Kanser – Kajian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah