32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelawak Berusia 38 Tahun & Isteri Direman Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis

    Shopee Sale



    Gambar sekadar hiasan

    Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

    Pelawak ditahan

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, telefon bimbit pasangan tersebut telah dirampas bagi membantu siasatan.

    Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam jam 7 malam Isnin.

    Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

    MENARIK:  Podcast ‘Habis Cerita’ Hadiah Persahabatan 20 Tahun Rossa, Nora Danish & Natasha Ozeir – ‘Ruang Me Time Kami’

    Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah