28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon Wanita & Suami Direman Bantu Siasatan Kes Penipuan Jual Tanah RM1.5 Juta

    Shopee Sale

    Seorang pelakon wanita yang pernah membintangi drama popular ‘Nur’ dan suami telah dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan reman berkaitan dakwaan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia.

    Pelakon, suami ditahan reman

    Foto: Harian Metro

    Memetik laporan Harian Metro, kes yang melibatkan kerugian mencecah RM1.5 juta ini menarik perhatian ramai selepas pasangan tersebut berjaya dikesan di lokasi persembunyian mereka semalam.

    Ketika diiring masuk ke perkarangan mahkamah oleh pihak polis, pelakon wanita tersebut sempat menitipkan pesanan ringkas kepada pengamal media yang hadir.

    Nanti tulis apa yang betul ya, tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih.

    Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, pasangan yang masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan di sebuah madrasah tahfiz di Jalan Kuari Sungai Long, Hulu Langat, Selangor.

    Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menetapkan tempoh reman selama tiga hari terhadap pasangan berkenaan.

    Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga meminta ruang siasatan yang telus dapat dijalankan dan orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu siasatan dengan mengeluarkan kenyataan di media sosial.

    Difahamkan, mangsa merupakan seorang pesara ahli perniagaan berusia 56 tahun yang sebelum ini berpengalaman dalam sektor pembangunan hartanah.

    MENARIK:  The Raw: Menunjukkan Keberhasilan Membantu Para Wanita Memperoleh Kulit Sihat dan Berseri sama Seperti Jenama Antarabangsa

    Bagaimanapun, mangsa dipercayai telah terpedaya dengan tawaran daripada rakannya sendiri berkaitan urusan perolehan tanah kurnia di bawah kerajaan negeri Selangor.

    Pengadu menyatakan sebelum ini pada 21 September 2023 ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di Selangor yang terletak di bawah mukim Cheras yang mana sebelum ini dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri Selangor.

    Pengadu mula berurusan dengan suspek dan membuat sebanyak beberapa kali transaksi.

    Sumber: Harian Metro

    The post Pelakon Wanita & Suami Direman Bantu Siasatan Kes Penipuan Jual Tanah RM1.5 Juta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah