Seorang pelakon lelaki popular ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan pihak polis berkaitan kes penyalahgunaan dadah.
Pelakon lelaki ditahan reman

Memetik laporan Utusan Malaysia, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap selebriti berkenaan menunjukkan keputusan positif.
Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan pihak berkuasa melengkapkan butiran kes serta mengenal pasti jenis bahan terlarang yang diambil.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama individu tersebut berdepan masalah undang-undang berkaitan bahan terlarang.
Sebelum ini, individu berkenaan pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Namun, terlepas daripada hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan hukuman tersebut diganti dengan denda sebanyak RM5,000.
Sumber: Utusan Malaysia
The post Pelakon Lelaki Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Dadah first appeared on OHBULAN!.





