27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelabur Mata Wang Asing Didakwa B*nuh Cikgu Istiqomah

    Shopee Sale



    Seorang pelabur mata wang asing dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini atas pertuduhan membunuh guru, Istiqomah Ahmad Rozi pada Disember lalu.

    Tiada pengakuan direkodkan

    Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Mohd Fadzly Ariffadzilah dilaporkan hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa.

    Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Medan Klebang Mewah, Chemor, Perak kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu melakukan bunuh terhadap guru berkenaan di tepi jalan Kampung Tanjun Rimau Luar, Pulau Sebang, di sini, antara 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023.

    Jika disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara minimun 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim, memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat.

    MENARIK:  Abang Tesla Nak Saman Tiga Individu Yang Menghina & Masuk Campur Hal Rumah Tangga – ‘Aku Diam Korang Menjadi-Jadi’

    Di samping itu, Nazrin turut membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh mengikut peruntukan Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

    Majistret Dr Teoh kemudian menetapkan 22 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

    En Mohd Fadzly, awak boleh hubungi keluarga selepas ini untuk melantik peguam (mewakili kes).

    Terdahulu, ahli keluarga mangsa tiba dari Kota Masai, Johor, pada 9.45 pagi dan sebahagian daripada mereka dilihat memasuki kamar mahkamah dan mengikuti pendakwaan kes itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah