29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam Syarie Kongsi Maksud ‘Cold Violence’ – ‘Suami Tak Tamp*r, Tak Tengking Tapi…’

    Shopee Sale

    Seorang peguam syarie, Dhalia Shah berkongsi maksud ‘cold violence’ yang merupakan satu konflik dalam rumah tangga dan sering berlaku namun seakan dipandang remeh oleh sesetengah pasangan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharon Paul Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Rusdi Ramli? – ‘Saya Tunggu Green Light Daripada Dia Je’

    Maksud ‘cold violence’

    Menerusi TikTok, Dhalia memaklumkan perbuatan ‘cold violence’ ini tidak melibatkan penderaan fizikal sebaliknya, ia merupakan tingkah laku dan layanan ‘dingin’ yang secara tidak langsung merosakkan emosi dalaman pasangan.

    Tanpa sedar, ramai suami sedang melakukan ‘cold violence’ iaitu bentuk penderaan emosi.

    Ia bukanlah tentang jahatnya suami tapi tentang komunikasi yang gagal difahami dan dijaga oleh suami isteri.

    Dan bila ia dibiarkan, perlahan-lahan rumah tangga akan runtuh dalam diam.

    Contoh perbuatan ‘cold violence’

    Menerusi perkongsian yang sama, Dhalia turut berkongsi antara perbuatan yang dianggap ‘cold violence’ dalam rumah tangga.

    Suami keluar rumah bila isteri membebel dengan niat nak elak bergaduh tetapi isteri rasa ditinggalkan tanpa penyelesaian. Ini dianggap sebagai lari dari tanggungjawab emosi.

    Selain itu, suami tak memujuk bila isteri merajuk. Tapi dalam perkahwinan, validasi emosi lebih penting daripada menang berhujah.

    Suami rasa rendah diri sebab tak berduit dan tak mampu dan mula menjauhkan diri. Isteri rasa diri tak penting dan membuatkan hubungan menjadi renggang.

    Terdahulu, komposer terkenal, Sharon Paul mendedahkan perkahwinannya bersama pelakon, Rusdi Ramli terlerai apabila mereka sah bercerai pada Januari lalu akibat ‘cold violence’.

    MENARIK:  [VIDEO] Zizan Razak & Emma Maembong Hanya Kawan, Tak Kisah Kemesraan ‘Direstui’ Netizen – ‘Saya Dengan Dia Bukan Musuh’

    Menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, Sharon mengakui dia sendiri yang memfailkan perceraian selepas mendakwa segala usaha untuk menyelamatkan hubungan perkahwinan menemui jalan buntu.

    Sumber: TikTok

    The post Peguam Syarie Kongsi Maksud ‘Cold Violence’ – ‘Suami Tak Tamp*r, Tak Tengking Tapi…’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah