30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pak Cik Hairi Hadiahkan Capal Buatan Tangan, Tak Sangka PM Anwar Balas Dengan Capal Peribadi

    Shopee Sale

    Sepasang capal menjadi simbol penghargaan dan ukhuwah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima capal khas buatan tangan daripada Pak Cik Hairi dari Kampung Paya, Butterworth.

    Lebih menyentuh hati, Anwar kemudiannya membalas pemberian itu dengan menyerahkan capal miliknya sendiri kepada lelaki berkenaan ketika menghadiri Majlis Maulid Akbar Permatang Pauh di Masjid Jamek Tengah Berapit, Pulau Pinang.

    Artikel Berkaitan: PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Syed Saddiq & Bella Astillah – ‘Kad Jemputan Jangan Lupa’

    Artikel Berkaitan: Ratusan Belia Meriahkan Program Dakwah Piala Dunia, Tengok Bola Di Masjid Siap Qiyamulail & Solat Subuh Berjemaah

    PM Anwar serah sendiri capal

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, momen spontan itu cukup bermakna memandangkan Perdana Menteri sememangnya sinonim dengan pemakaian capal tradisional.

    Malah, Anwar terus menyarungkan capal berkenaan sebagai tanda menghargai hasil tangan Pak Cik Hairi.

    Lebih menyentuh hati apabila YAB Perdana Menteri kemudiannya menyerahkan pula capal milik beliau sendiri kepada Pak Cik Hairi.

    Inilah indahnya sebuah pemberian apabila disambut dengan penghargaan dan keikhlasan. Budi yang disemai dengan ikhlas akan sentiasa membuahkan ukhuwah dan keharmonian sesama insan.

    Hidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW

    Detik berkenaan berlangsung selepas solat Isyak ketika ribuan kariah berhimpun bagi menyemarakkan Majlis Maulid Akbar Permatang Pauh bersama Perdana Menteri, barisan ulama dan masyarakat sekitar Pulau Pinang.

    Menurut Dr Zulkifli, majlis itu bukan sekadar sebuah perhimpunan, sebaliknya menjadi ruang untuk umat Islam menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menghayati akhlak Baginda.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Keikhlasan & Ketulusan Terbukti Bila Dia Selalu Bersamaku, Di Waktu Aku Boleh Memilih Untuk Pergi’ – Azlan Komeng

    Tausiah disampaikan Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman; Tuan Guru Haji Abdul Rahim Pendang; serta Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki.

    Antara perkara yang ditekankan ialah kepentingan memperkukuh kasih sayang, menjaga persaudaraan serta menjauhi perbuatan memaki hamun dan mencerca orang lain.

    Dr Zulkifli berkata, amanat Perdana Menteri pada malam berkenaan turut mengingatkan umat Islam mengenai peri pentingnya menghayati peranan sebagai ummatan wasatan dan menampilkan Islam sebagai Rahmatan lil ‘Alamin.

    Islam terus subur dan mekar di Malaysia. Kemajuan sejati sesebuah bangsa bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal atau kekuatan ekonomi, tetapi juga kukuhnya akidah, mulianya akhlak dan teguhnya nilai syariat.

    Membina Malaysia MADANI bermakna kita bergerak maju tanpa mencabut akar kerohanian yang membentuk jati diri masyarakat.

    Beliau berharap semangat Maulid Akbar itu dapat diterjemahkan melalui pembentukan masyarakat yang lebih berkasih sayang, menghormati ilmu, memelihara ukhuwah dan menjunjung keadilan.

    Gema selawat jangan hanya terhenti di bibir, tetapi perlu diterjemahkan melalui akhlak dan tindakan.

    Malah, kisah sepasang capal pada malam ini turut membawa makna yang besar iaitu sebuah pemberian yang ikhlas dibalas dengan penghargaan, sekali gus memperlihatkan bagaimana kerendahan hati dan rasa hormat mampu merapatkan hubungan sesama manusia.

    Nilai inilah yang mahu kita suburkan dalam pembinaan Malaysia MADANI.

    The post Pak Cik Hairi Hadiahkan Capal Buatan Tangan, Tak Sangka PM Anwar Balas Dengan Capal Peribadi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah