30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ojen Aiwah Dakwa Difitnah, Sudah Rujuk Peguam Untuk Saman Tareq Fit – ‘Bukan Sebab Isu Peribadi, Dia Sentuh Hal Perniagaan’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Tareq Fit.

    Artikel Berkaitan: ‘Mama, Terima kasih Kerana Berjuang Hingga Tahap Ini, Ajar Along Bersedekah Asbab Panjang Umur’ – Ojen Aiwah

    Artikel Berkaitan: OBPVO: Ojen Aiwah Cipta Sejarah, Raih Gelaran Usahawan Paling Viral

    Hilang sabar 

    Menerusi hantaran di Threads, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama peguamnya.

    Berdasarkan perbualan itu, Ojen meminta nasihat peguam tentang video Tareq yang didakwa telah menjejaskan reputasi perniagaannya.

    Peguam tersebut berkata, kes itu boleh dibawa ke mahkamah dengan dakwaan yang tidak benar tentang penggunaan bahan-bahan bagi penyediaan produk makanan keluarannya.

    Aku dah serahkan kepada peguam dan pegawai penyiasat.

    Aku akan saman kau dan kerakyatan kau akan ditarik balik. Bermula dengan ” teguran” berakhir fitnah.

    Menurut Ojen, tindakan tersebut diambil bukan kerana isu peribadi tetapi kritikan dan dakwaan melampau berkenaan bisnes makanan yang diusahakannya.

    Diam tak bererti kau boleh pijak aku hari-hari, atas tiket teguran sampai orang caci maki aku dan keluarga aku. Semenjak dari tahun lepas lagi aku dan pihak peguam diam sebab kita nak kumpulkan segala bukti. 

    Aku bukan saman dia sebab isu peribadi. Aku saman dia sebab dia sentuh Kunafa Aiwahhh. Sebabkan dia tegur aku lah, aku berubah sikit-sikit pakai topi. Ingat aku robot ke? From so called “teguran” berubah menjadi defamation, siap kecam Kunafa Aiwahhh kata kunafa mengarut.

    Dalam pada itu, Ojen turut menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam meluahkan pandangan.

    MENARIK:  ‘Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Kena Masuk Dapur’

    Sumber: Threads Ojen Aiwah

    The post Ojen Aiwah Dakwa Difitnah, Sudah Rujuk Peguam Untuk Saman Tareq Fit – ‘Bukan Sebab Isu Peribadi, Dia Sentuh Hal Perniagaan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah