27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Noki K-Clique Dalam Proses Perbaiki Diri, Mohon Doa Agar Istiqamah – ‘Banyak Petanda Besar Kita Nampak, Saya Takut Dengan Apa Yang Berlaku’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Noki K-Clique mengakui sedang berusaha perbaiki diri dan berubah ke arah lebih baik dengan mendekatkan diri kepada agama.

    ‘Banyak petanda besar kita dah nampak’

    Ketika ditemui , Noki atau nama lengkapnya Ahmad Ikhwan bin Aji mengakui bahawa dia mendapat kesedaran itu susulan pelbagai insiden yang berlaku di dalam dan luar negara sepanjang tahun 2024 termasuk kejadian di Palestin.

    Banyak petanda besar kita dah nampak. Bagi saya dah tiba masanya untuk berubah. Paling banyak beri saya kesedaran adalah situasi pada tahun 2024. Contoh petanda besar adalah kejadian di Palestin, Masjid Al-Aqsa.

    Saya sangat takut dengan apa yang berlaku, kalau tiada perasaan takut itu bahaya juga. Kalau kita ada perasaan takut tu bererti kita ada iman.

    Noki berkata demikian ketika ditemui di malam konsert Meletop yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

    MENARIK:  Kejutan Bersama Isteri: Penemuan Superstar dan Penuh Guard di Acara Penuh Penonton - Ubai

    Susulan daripada itu, Noki meminta orang ramai mendoakan agar dia istiqamah dalam penghijrahannya.

    Minta doa semua sebab kita tak tahu pada masa akan datang diri kita macam mana. Tapi insyAllah saya akan cuba.

    Dalam perkembangan lain, Noki berkata selain aktif menyanyi, dia juga sibuk dengan penggambaran drama dan filem sepanjang tahun 2024.

    Alhamdulillah tahun 2024 saya banyak berlakon. Saya tak beralih sepenuhnya ke bidang lakonan cuma sekarang mungkin rezeki ke arah situ.

    Mood saya tengah nak berlakon tapi saya akan bahagikan antara muzik dan lakonan. Sebab muzik adalah permulaan saya masuk ke bidang ini, saya tak akan berhenti.

    Sementara itu, pelantun lagu Payung Pelangi ini menganggap tahun 2024 banyak memberinya pengajaran dalam hidup selain bersyukur kerana berpeluang menunaikan umrah bersama ahli kumpulan K-Clique yang lain.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah