Penyanyi, Noh Salleh meluahkan rasa syukur apabila pembedahan tulang belakang yang dijalaninya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC) berjalan lancar meskipun berdepan risiko besar terhadap pita suaranya.
Artikel Berkaitan: Noh Salleh & Isteri Sambut Kelahiran Tara Svara – ‘Sebuah Fasa Baru Untuk Kami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hari Ini Genap 7 Bulan Kami Kehilangan Anak Dalam Kandungan’ – Noh Salleh
Pembedahan tulang C6 & C7

Noh, 40, berkata pembedahan tersebut dilakukan bagi merawat masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6 dan C7, yang menyebabkan saraf terhimpit sehingga mengakibatkan kebas pada tangan serta sakit belakang.
Selesai pembedahan semalam di UKMSC. Masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6 dan C7 yang menyebabkan saraf terhimpit, tangan kebas dan sakit belakang kronik sampai mengganggu pergerakan, termasuk mengangkat baby Tara.
Proses pembedahan berjalan lancar dan dikendalikan Prof Datuk Dr Mohd Hisam Muhamad Ariffin. Yang tak best adalah lokasi pembedahan betul-betul di belakang pita suara saya, risikonya besar kepada organ yang menjadi punca rezeki.
Tapi Allah jaga. Alhamdulillah. Mohon kawan-kawan doakan agar proses penyembuhan dipermudahkan dan kembali normal secepat mungkin.
Noh berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.
Dalam pada itu, vokal kumpulan Hujan ini mengakui berasa bimbang kerana masih mempunyai komitmen persembahan yang perlu dipenuhi.
Risau? Ya. Sebab ada persembahan Sabtu ini.
Noh turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus memberikan sokongan moral sepanjang proses rawatan.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan, keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih Abah yang menghantar dan mengambil saya. Terima kasih Mummy dan Yaya yang menjaga Tara dan Athira di rumah.
Budak-budak Hujan Band dan Suffren, terima kasih kerana datang memberi kejutan. Terima kasih juga UKM Specialist Centre yang menjaga saya.
Menurut Noh, pada awalnya dia tidak berhasrat berkongsi mengenai pembedahan tersebut kepada umum, namun terpaksa berbuat demikian selepas gitaris Hujan, AG Coco memuat naik gambarnya di hospital.
Sebenarnya malas nak cerita, tapi AG kongsi foto dia melawat saya. Saya pula penat nak jawab satu persatu.
Sumber: Instagram
The post Noh Salleh Selesai Jalani Pembedahan Tulang Tengkuk C6 & C7 – ‘Betul- Betul Belakang Pita Suara Saya’ first appeared on OHBULAN!.





