27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nikmati Buffet Dengan ‘Sentuhan Citarasa Nostalgia’ Di Monkeys Canopy Resort

    Shopee Sale

    Ramadan tahun ini, Monkeys Canopy Resort tampil dengan buffet ‘Sentuhan Citarasa Nostalgia’ yang mengangkat semula hidangan klasik Melayu dan serantau dalam versi yang lebih segar dan moden.

    Bertempat di Sticks & Baron Café, buffet ini akan berlangsung dari 25 Februari hingga 18 Mac 2026, setiap hari dari 6.30 petang hingga 9.30 malam, sesuai sangat untuk buka puasa bersama keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja.

    Aneka juadah untuk dinikmati

    Apa yang membuatkan buffet ini lain daripada yang lain ialah pilihan menu yang benar-benar membawa kita menyusuri memori. Antara hidangan yang bakal disajikan termasuklah:

    • Ayam Salai Masak Lemak Cili Padi
    • Kuzi Kambing
    • Paru Daging Berlada
    • Gulai Tempoyak Ikan Patin
    • Kari Telur Itik

    Bukan itu sahaja, korang juga bakal dihidangkan dengan pelbagai juadah kegemaran ramai seperti Rojak & Pecal Nusantara, Aneka Pasta, Murtabak, Nasi Ayam Hainanese, dan yang paling dinanti-nantikan adalah mestilah hidangan wajib iaitu Maharaja Roasted Lamb!

    Bagi pencuci mulut pula, korang boleh menikmati pelbagai pilihan manisan tradisional, pudding, aneka kek, buah-buahan segar serta pelbagai lagi sajian manis yang melengkapkan pengalaman berbuka.

    Setiap sajian yang dihidangkan bukan hanya memuaskan selera, malah membawa kembali kenangan manis masakan air tangan mak dan nenek yang cukup dekat di hati.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Layan Lagi Qadejah Nak Jam Tangan Berjenama – ‘Bukan Mewahkan, Hargai Anak-Anak’

    Menurut Saiful Anwar, Pengarah Jualan Monkeys Canopy Resort, konsep buffet ini bukan sekadar tentang makanan.

    “Bufet kami direka untuk menawarkan lebih daripada sekadar santapan. Ia merupakan satu pengalaman yang menggabungkan warisan kulinari tempatan dengan suasana perayaan yang istimewa,”

    “Melalui tema ‘Sentuhan Citarasa Nostalgia’, kami berharap para tetamu dapat menikmati pengalaman menjamu selera yang hangat dan bermakna, sambil menghargai tradisi dan inovasi rasa.”

    Promosi untuk tempahan awal

    Harga buffet bermula pada RM145 seorang untuk dewasa, manakala kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas dikenakan RM80 seorang.

    Tapi.. Kalau korang buat tempahan sebelum 17 Februari 2026, korang boleh nikmati buffet ini pada harga istimewa RM110 sahaja untuk seorang. Memang berbaloi untuk pengalaman dan hidangan sebanyak ini!

    Haa.. Jangan tunggu-tunggu lagi, terus je buat tempahan awal sekarang melalui nombor telefon di bawah:

    019-332 9417 (Saiful Anwar – Corporate Events)
    010-253 0228 (Sticks & Baron Café)

    Ikuti laman Instagram Monkeys Canopy Resort di SINI untuk sebarang maklumat lanjut dan juga promosi terkini.

    The post Nikmati Buffet Dengan ‘Sentuhan Citarasa Nostalgia’ Di Monkeys Canopy Resort first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah