30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nidji X Bunkface Gegarkan Pentas Nusa Fest 2025 Pada 21 Disember Ini

    Shopee Sale

    Shiraz Projects selaku penganjur mengumumkan bahawa edisi terbaharu Nusa Fest akan kembali, sekali gus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat yang sudah lama menantikannya.

    Artikel Berkaitan: Ubay Nidji Hormat Budaya Malaysia, Tak Akan Tanggal Baju Di Konsert ‘Nusa Fest Presents – Nidji x Bunkface

    Artikel Berkaitan: Teman Sejati Nidji: Lagu Tema Yang Menyatukan Hati Ejen Ali The Movie 2

    Dua kugiran pikul tanggungjawab

    Berbanding edisi 2023 dengan puluhan artis hingga adrenalin peminat melonjak, penganjuran kali ini menumpukan sepenuhnya kepada dua kugiran hebat untuk memikul tanggungjawab tersebut.

    Nidji dari Indonesia bakal mengalunkan ‘Cinta dan Sumpah Matiku’, manakala Bunkface selaku wakil Malaysia dijangka menjadikan kolaborasi pertama mereka ini benar-benar ‘Malam Ini Kita Punya’. Persembahan eksklusif dari dua kugiran ini akan berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

    Walaupun hanya menampilkan dua nama iaitu Nidji dan Bunkface konsert ini diyakini mampu menghadirkan detik luar biasa yang bakal dikenang sebelum memasuki tahun 2026.

    Kenapa Nusa Fest Presents – Nidji x Bunkface? Kenapa tidak?

    Walaupun telah berkali-kali membuat persembahan di Malaysia, peminat Nidji tidak pernah melewatkan atau menolak kehadiran mereka.

    Energi yang dibawa Nidji sentiasa ‘besar’, membuat penganjur seperti Shiraz Projects teruja untuk melamar kugiran yang luar biasa ini membuat kolaborasi bersama Bunkface.

    Dan selaku pemain industri, siapa yang boleh menidakkan kredibiliti Bunkface.

    Dengan karya berkualiti dan penampilan penuh energetik, Bunkface adalah kugiran Malaysia yang sudah membuktikan reputasi dalam banyak penganjuran sebelum ini.

    Jadi Nusa Fest Presents – Nidji x Bunkface akan menampilkan bukan sekadar persembahan tetapi momen epik yang tidak boleh diabaikan.

    Ianya juga akan melakar sejarah, menjadi saksi dua kugiran dengan kelompok peminat silang budaya boleh menghormati dan menikmati muzik di bawah satu bumbung dengan harmoni.

    Kerjasama dua negara

    Menurut Sam, persembahan yang bakal berlangsung ini akan membuktikan bahawa kerjasama antara pemuzik dari Malaysia dan Indonesia sentiasa berlangsung dengan terus mekar dan baik.

    Setelah mempertimbangkan dan memaklumi hakikat bahawa Nusa Fest Presents – Nidji x Bunkface bukan sekadar sebuah persembahan pentas yang biasa, maka Bunkface bersetuju untuk terlibat dalam projek ini.

    Bukan sekadar tapak konsert, naik pentas buat persembahan tetapi akan menjadi momen paling berharga buat peminat kami.

    Nidji menyifatkan peluang berkongsi pentas bersama Bunkface sebagai satu penghormatan besar.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Pernah Tunjuk Diri Sakit, Neelofa Sukar Terima Hakikat Ibu Hidap Kanser Payudara – ‘Saya Ambil Masa Untuk Hadam’

    Kugiran dari Indonesia ini juga menjelaskan bahawa walaupun pernah berkerjasama dalam festival yang sama sebelum ini, kesempatan sepanggung hanya bersama kedua-dua kugiran ini adalah sesuatu yang amat dihargai.

    Selamat bersenang-senang bersama Nusa Fest Presents – Nidji x Bunkface nanti kerana hanya yang terbaik akan kami persembahkan buat dinikmati di Megastar Arena pada 21 Disember kelak nanti.

    Semangat kedua-dua kugiran ini yang tinggi untuk bertemu peminat, memiliki tiket bagi persembahan mereka di Megastar Kuala Lumpur pastinya menjadi kewajiban bagi peminat.

    Penjualan tiket bermula pada harga RM228 untuk Rockzone (Standing), bagi Diamond (Seated) RM198, dan RM168 untuk Platinum (Seated).

    Pembelian boleh dilakukan melalui http://www.ticket2u.com.my dan penjualan telah bermula pada 2 Oktober yang lalu, jam 10 pagi.

    The post Nidji X Bunkface Gegarkan Pentas Nusa Fest 2025 Pada 21 Disember Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah