28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nicholas Saputra Menyanyi Dalam Filem Siapa Dia, Jalani Kelas Vokal Selama Tiga Bulan

    Shopee Sale

    Filem muzikal Indonesia berjudul Siapa Dia terbitan Fabis Entertainment bakal mencuri perhatian peminat seni dengan konsep yang menggabungkan kisah sejarah, muzik pelbagai era dan persembahan vokal sebenar para pelakonnya.

    Artikel Berkaitan: Nicholas Saputra Muat Naik Gambar Tak Berbaju, Peminat Mula Tak Keruan & Pakat ‘Zoom’ – ‘Indahnya Pemandangan’

    Pelakon sumbang suara

    Menampilkan barisan bintang hebat seperti Nicholas Saputra, Amanda Rawles, Ariel Tatum, Happy Salma, Morgan Odey dan ramai lagi, filem ini menyorot perjalanan cinta, perjuangan serta budaya dalam latar dekad berbeza.

    Menurut Penerbit Eksekutif, Faizal Lubis, cabaran utama dalam penghasilan Siapa Dia adalah mahu memastikan setiap elemen muzik selari dengan suasana dan masa yang digambarkan dalam jalan cerita.

    Susah, boleh dibilang agak susah. Kerana dalam filem ini terdapat latar dari pelbagai era. Jadi saya harus menyesuaikan muzik dengan tahun dan suasana cerita tersebut.

    Saya perlu menempatkan muzik ini sedemikian rupa supaya tidak terlalu tua, tapi tetap boleh dinikmati oleh penonton masa kini.

    Faizal berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Siapa Dia yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Lebih menarik, Faizal memberitahu, semua pelakon yang terlibat dalam filem ini benar-benar menyanyi sendiri tanpa menggunakan suara ganti.

    Dalam filem ini, semua pelakon menyanyi. Semuanya benar-benar bernyanyi. Pelakon menjalani latihan vokal sekitar dua hingga tiga bulan.

    Berkongsi lanjut, Faizal berkata, pada peringkat awal terdapat 35 lagu yang dipertimbangkan, namun selepas proses pemilihan ketat hanya 16 lagu dipilih untuk dimuatkan dalam filem.

    Kalau tidak dikurangkan, nanti filemnya akan jadi terlalu banyak lagu. Saya pun boleh ‘botak kepala’ dibuatnya. Akhirnya, kami dapat sekitar 16 lagu utama, belum termasuk runut bunyi (OST) yang panjang.

    Kolabrasi Ara & Ameera

    Selain barisan pelakon utama, Siapa Dia turut melibatkan kolaborasi penyanyi Malaysia iaitu Ara Johari dan Tengku Ameera Asya yang menyumbangkan suara untuk runut bunyi rasmi filem ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Ryzal Dikecam, Buat Lawak Lucah Samakan Tembikai Dengan Anak & Isteri – ‘Malunya, Makanan Pun Dia Nak Sexualised’

    Ara menyanyikan lagu berjudul Cinta Terhebat, manakala Ameera menyampaikan lagu bertajuk Menangis Diam Diam.

    Setelah saya fikir-fikir, Ara memiliki karakter vokal yang unik dan selepas kejayaannya dengan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain, saya rasa dia masih perlu satu lagu baharu dan lagu ini sangat cocok dengannya.

    Prosesnya pun cepat, kami berkomunikasi satu hari, esoknya dia terus berangkat ke Jakarta dan rakam lagu itu di studio.

    Ameera pula, dalam satu adegan, watak perempuan digambarkan menyukai seorang lelaki. Dari sudut pandang itu, saya rasa lagu tersebut memang harus dinyanyikan oleh seorang wanita.

    Selepas melihat Ameera beberapa kali, saya rasa dia sangat sesuai. Lagu ini sebenarnya pernah dinyanyikan oleh penyanyi lain sebelumnya, tapi Ameera berjaya membawa versi yang segar dan tepat dengan jiwa filem.

    Filem Siapa Dia menerjah pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Oktober 2025.

    The post Nicholas Saputra Menyanyi Dalam Filem Siapa Dia, Jalani Kelas Vokal Selama Tiga Bulan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah