34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Niat & Cara Solat Sunat Tahajjud: Kunci Keberkatan Di Malam Ramadan

    Shopee Sale

    Solat Tahajjud ialah solat sunat Muakkad yang didirikan selepas bangun daripada tidur pada waktu malam, bermula selepas Isyak sehingga sebelum Subuh.

    Artikel Berkaitan: Teman Digital Ramadan: Waktu Solat Malaysia Perkenal Langganan Tanpa Iklan & Artikel Dalam Aplikasi

    Artikel Berkaitan: Langit Ramadan Bakal Dipayungi Gerhana Bulan Penuh Malam Ini, Berikut Pilihan Pelaksanaan Solat Sunat

    Solat Sunat Tahajud

    Solat sunat Tahajjud dilakukan pada waktu malam selepas bangun dari tidur, walaupun tidur hanya untuk seketika. Sebagai amalan Qiamullail yang sangat dituntut, ia boleh didirikan sekurang-kurangnya dua rakaat dalam suasana malam yang tenang dan khusyuk.

    Amalan ini dianggap istimewa kerana ia menjadi platform terbaik bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Pencipta ketika manusia lain sedang berehat.

    Solat Tahajjud bukanlah satu kewajiban, namun ia merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam.

    Dalam Surah Al-Isra’, ayat 79, Allah berfirman:

    ‎وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةًۭ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًۭا مَّحْمُودًۭا ٧٩

    Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

    Tahajjud boleh dilaksanakan bila-bila masa antara waktu Isyak hingga ke Subuh. Namun, waktu paling afdal adalah pada sepertiga malam yang terakhir iaitu sekitar jam 2:30 pagi ke atas.

    MENARIK:  [VIDEO] Opai Dedah DMA Islam Raih RM18,000 Setiap Bulan

    Solat Tahajjud boleh didirikan sekurang-kurangnya dua rakaat tanpa sebarang had maksimum. Menurut pandangan majoriti ulama, seseorang bebas menunaikannya sebanyak 2, 4, 8, atau seberapa banyak rakaat mengikut kemampuan dan keselesaan diri.

    Niat solat tahajjud memadai dilakukan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram. Melafazkan niat hanya sunat dan bukan syarat sah solat.

    اُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Ushalli sunnatat-tahajjudi rak’ataini lillahi Ta’ala.

    Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

    Mulakan rakaat pertama dengan bacaan al-Fatihah dan disarankan membaca Surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua. Walau bagaimanapun, seseorang itu bebas membaca mana-mana surah pilihan lain mengikut hafalan dan keselesaan

    Doa selepas Tahajjud

    Sumber: eCentral

    The post Niat & Cara Solat Sunat Tahajjud: Kunci Keberkatan Di Malam Ramadan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah