29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen ‘Throwback’ Video Pembunuh Zulfarhan Tersenyum Ketika Terlepas Hukuman Gantung

    Shopee Sale



    Sejak semalam, tular kembali rakaman video lama menunjukkan reaksi enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas keluar dari mahkamah.

    Video lama kembali tular

    " data-video-id="7394718919367331089">
    @official Replying to @Maknyahhhhh Alhamdulillah keadilan buat mu Zulfarhan ???????? # #trendingnewsmalaysia #netizen #kongsi #video #reaksi #pesalah #arwah #zulfarhan #2019 ? original sound – OHBULAN!

    Menerusi video tersebut, kelihatan ada di antara tertuduh tersenyum selepas terlepas daripada hukuman gantung di atas kesalahan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

    Difahamkan, video tersebut dipercayai dirakam beberapa tahun lalu iaitu pada tahun 2019.

    Video tersebut kembali tular selepas Mahkamah Rayuan mengenepikan hukuman penjara dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap kesemua tertuduh, pada Selasa.

    Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

    MENARIK:  [VIDEO] Nurin Afiqah Raih Pujian, Kemas Sepah Sisa Makanan Anak – ‘Salute Mak Yang Macam Ini’

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa syukur dan lega kerana akhirnya nasib Allahyarham Zulfarhan terbela dan pelaku dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan kejam mereka.

    Komen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah