28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Tekan KPDN Turun Padang – ‘Jual Burger Biasa RM10 kepada Mat Salleh, Agak-Agaklah Harga’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pelancong yang berjalan di ibu kota mencari sebiji burger jalanan dan mahu membandingkan rasanya dengan sebiji burger yang dibeli daripada sebuah restoran makanan segera terkemuka.

    Burger biasa RM10?

    Menerusi hantaran dimuat naik Traveling Solo Logs di Facebook, pelancong tersebut telah membuat pesanan burger biasa tanpa telur dan keju di sebuah gerai menjual burger yang terletak di Bukit Bintang.

    Dapat dilihat penjual burger berkenaan telah menggunakan bahan seperti roti ban, sekeping burger, bawang dan beberapa jenis sos bagi memberikan rasa sedap pada burger yang dipesan.

    Namun, alangkah terkejutnya apabila pihak peniaga tersebut mengenakan harga sebanyak RM10 bagi sebiji burger biasa tersebut kepada pelancong berkenaan.

    Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan peniaga tersebut.

    MENARIK:  Jom Menjadi Bijak Kewangan dengan Beyond Card: Nikmati Manfaat Cashback & PayLater yang Pelbagai!

    Menurut mereka, peniaga berkenaan tidak sepatutnya mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tinggi dan tidak masuk akal terhadap pelancong luar negara.

    Mereka juga berharap agar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) melakukan siasatan sekaligus mengambil tindakan terhadap peniaga tersebut.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah