Pempengaruh dan usahawan, Yaana Lee membidas kenyataan seorang individu yang mendakwa dirinya terlalu menunjuk kemewahan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Barang Kemas Bernilai RM180,000 Lesap, Yaana Lee Dakwa ‘Luggage’ Digeledah Ketika Transit Balik KL
Artikel Berkaitan: Netizen Kagum Yaana Lee Gigih Jual Tiramisu – ‘Inilah Pemikiran Orang Kaya, Sudah Untung Juta-Juta Tapi Masih Berniaga’
Pergi ibadah ke melancong?

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang selesa dengan perkongsian Yaana di Tanah Suci, Mekah.
Ujarnya, perkongsian itu dapat meninggalkan rasa keinginan yang tinggi kepada golongan yang tidak mampu.
Sebab itu jangan tunjuk sangat awak pergi Mekah macam pergi melancong sebab terlalu mampu.
Ada yang tak dapat pergi sebab tak mampu.
Tuhan nak tarik sekejap saja, sekadar nasihat.
‘Yang tak mampu, doa banyak-banyak’

Susulan itu, pengusaha jenama pakaian Leeyanarahman menjawab sindiran itu dengan menitipkan nasihat.
Selain itu, Yaana turut berharap agar komen di perkongsiannya dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran.
Nasihat saya pada awak, yang tak mampu itu doa banyak-banyak supaya Allah bagi rezeki dapat pergi.
Tiada istilah pergi umrah macam melancong. Apa yang saya tunjuk sangat itu?
Sebab saya tunjuk kaabah, masjid, payung nabawi, itu saja. Awak rasa menunjuk macam pergi melancong ke?
Bila ramai komen pengalaman hilang barang, cuba jadikan kes ini sebagai pedoman dan pengajaran bagi yang belum kena.
Positifkan pemikiran, terima kasih.
Sumber: Threads @yaana.lee
The post Netizen Tegur Hantaran Di Mekah Seperti Melancong, Yaana Lee Tenang Respon – ‘Kalau Tak Mampu, Doa Banyak-Banyak’ first appeared on OHBULAN!.





