Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi pandangannya mengenai kehidupan mewah pelakon Intan Najuwa.
Artikel Berkaitan: Netizen Mengucap Tengok Harga Bib Anak Intan Najuwa – ‘Macam Bajet Makan Lunch Sebulan’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Papar Kehidupan Mewah Bukan Niat Untuk ‘Show Off’ – ‘Saya Kongsi Supaya Jadi Inspirasi’
‘Dia bijak sebab tak downgrade’

Menerusi hantaran di platform Threads, seorang pengguna dengan nama akaun @qwerty.y.ou memuat naik ciapan seolah-olah mempersoalkan ‘tuah’ aktres itu yang berjaya mendirikan rumah tangga dengan lelaki berharta.
Apa lah doa Intan Najuwa dapat suami sekaya itu.
Ciapan tersebut turut mendapat respons daripada seorang lagi pengguna Threads, @leeda.lee, yang tampil menjelaskan bahawa pelakon drama Racun Rihanna itu sebenarnya sudah hidup mewah sebelum berkahwin lagi.
Malah, keluarganya juga berasal daripada latar belakang yang berada.
She memang kaya sebelum kahwin pun, travel sana sini dengan perniagaan dia. Tambah pula keluarga pun kaya
Individu ini turut memuji sikap dan kebijaksanaan Intan dalam memilih pasangan hidup yang sekufu.
Dia bijak sebab tak downgrade, cari sekufu.
Kenyataan itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen lain yang rata-rata bersetuju bahawa Intan Najuwa bukan sahaja berwajah cantik, malah seorang yang bijak dan memiliki kewangan yang kukuh sebelum berkahwin.
Sumber: Threads
The post Netizen Puji Intan Najuwa Bijak Pilih Pasangan Sekufu – ‘Dia Pun Memang Kaya Sebelum Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.





