30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Puji Gandingan Zara Zya & Liza Abdullah Dalam Drama ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Diorang Dua Ni Watak Jahat Tapi Comel’

    Shopee Sale

    Drama Sumpah Ibuku kembali hangat diperkatakan selepas satu sedutan babak tular di media sosial, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada penonton.

    Artikel Berkaitan: Izara Aishah Perjelas Sebab Setuju Bintangi ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Menceritakan Mak Mentua Yang Tak Mahu Anak Lelaki Kesayangan Kahwin’

    Artikel Berkaitan: Bekas Suami Liza Abdullah Meninggal Dunia

    Dua watak jahat

    View this post on Instagram

    A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

    Menerusi klip tersebut, watak Syafikah lakonan Zara Zya atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, menerima pujian ramai atas penghayatan emosi dan penyampaian watak yang begitu meyakinkan.

    Bukan itu sahaja, Liza Abdullah, 61, yang sekali lagi memegang watak sebagai ibu mertua yang antagonis berjaya membuat penonton berang.

    Malah, ia turut membuktikan kemampuan dirinya menyelami sesuatu watak dengan begitu mendalam sehingga meninggalkan impak yang kuat kepada penonton.

    Menerusi salah satu babak ‘Sumpah Ibuku’, watak Syafikah dilihat mencadangkan kepada ibu mentuanya agar mencari bomoh lain untuk meneruskan penggunaan ilmu hitam.

    MENARIK:  Sufian Suhaimi & Rania Bersama Di Bengkel Cincin?

    Pada mulanya, ibu mertuanya menolak cadangan itu, namun akhirnya bersetuju. Babak itu sekaligus membuatkan penonton geram dan tidak sabar mengikuti perkembangan konflik seterusnya.

    Komen netizen

    Di ruangan komen, ramai netizen memuji kekuatan dan ‘chemistry’ lakonan dua pelakon berpengalaman itu.

    Ada juga yang berkata bahawa gandingan Zara Zya dan Liza Abdullah merupakan antara faktor utama drama ini semakin mendapat perhatian.

    Sekadar info, drama ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

    Drama ‘Sumpah Ibuku’ mengangkat kisah tentang konflik kekeluargaan, dendam dan juga tekanan yang dialami seorang menantu yang diperlakukan secara tidak adil.

    Selain Izara, dalam naskhah ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

    Sumber: Instagram

    The post Netizen Puji Gandingan Zara Zya & Liza Abdullah Dalam Drama ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Diorang Dua Ni Watak Jahat Tapi Comel’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah