28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Nak Muntah Tengok Adegan Faizal Hussein Ajak Ranea Ezreen Tidur – ‘Dah Tua Berlakon Macam Ni’

    Shopee Sale

    Satu adegan dalam drama Walid yang menampilkan pelakon Faizal Hussein bersama Ranea Ezreen mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

    Artikel Berkaitan: Impak ‘Walid’, Faizal Hussein Terima DM Wanita Indonesia Minta Jadi Isteri – ‘Ramai Ajak Kahwin’

    ‘Walid nak Dewi boleh?’

    Babak tersebut memaparkan watak Walid lakonan Faizal mengajak Dewi yang dilakonkan Ranea untuk tidur bersama.

    Dalam adegan itu, Dewi yang merupakan isteri muda kepada Walid dilihat sedang lena di atas katil sebelum dikejutkan oleh suaminya.

    Lebih mencuri perhatian apabila dialog yang diucapkan oleh watak Walid berbunyi, “Walid nak Dewi boleh?”, juga membuatkan segelintir netizen berasa kurang selesa.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam paparan babak tersebut, lebih-lebih lagi kerana drama berkenaan ditayangkan pada bulan Ramadan.

    MENARIK:  Jefri Nichol Didakwa Temui Teman Istimewa Baharu, Ini Sorotan Kisah Cinta Bersama Deretan Bekas Kekasih 

    Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kurang senang dan menganggap adegan tersebut agak keterlaluan memandangkan perbezaan usia antara kedua-dua watak yang digambarkan dalam drama berkenaan.

    Terdahulu, Faizal dalam satu temu bual pernah menjelaskan bahawa semua adegan intim yang dilakonkannya termasuk bersama pelakon Olla Ramlan hanyalah teknik kamera semata-mata.

    Menurutnya, tiada sentuhan kulit sebenar berlaku dan setiap pelakon tetap menjaga batas serta melakonkan watak masing-masing secara profesional.

    Sumber: TikTok, Instagram

    The post Netizen Nak Muntah Tengok Adegan Faizal Hussein Ajak Ranea Ezreen Tidur – ‘Dah Tua Berlakon Macam Ni’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah