30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Banjiri Komen IG Uqasha Senrose, Pakat Bantu Kamal Adli Pujuk Isteri – ‘Dia Sayang Awak Sangat-Sangat’

    Shopee Sale

    Pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli menyorot perhatian ramai yang prihatin terhadap isu pergolakan rumah tangga yang dihadapinya kini.

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli Maafkan Uqasha Senrose Isu Persoal Status Nikah – ‘Saya Ada Kekurangan, Tak Salahkan Dia Sepenuhnya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri

    Netizen pakat tolong Kamal pujuk Uqasha

    Menerusi pemerhatian , laman media sosial Instagram (IG) Uqasha atau nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dibanjiri dengan komen netizen.

    Difahamkan, netizen berpakat untuk membantu Kamal Adli memujuk Uqasha untuk tidak meneruskan prosiding penceraian malah mengambil inisiatif untuk berbincang secara privasi.

    Laman Instagram (IG) Uqasha dipenuhi dengan komen yang memaklumkan bahawa Kamal masih sayangkan keluarganya tanpa kehadiran orang ketiga.

    MENARIK:  Berang Disuruh Isteri Cari Udang Di Sungai, Lelaki Tet*k Dua Anak Kandung Dengan P*rang Sampai M*ti

    Kamal masih sayangkan Uqasha

    Imbas kembali, Kamal mohon netizen tidak meninggalkan sebarang komen negatif terhadap Uqasha semasa temu bual di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.

    Selain itu, pelakon berusia 39 tahun tersebut turut akui masih sayangkan Uqasha dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

    Sumber: Instagram @uqashasenrose2

    The post Netizen Banjiri Komen IG Uqasha Senrose, Pakat Bantu Kamal Adli Pujuk Isteri – ‘Dia Sayang Awak Sangat-Sangat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah