
Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki berstatus bapa tergamak menamatkan riwayat dua orang anak kandungnya dalam satu kejadian di Indonesia, baru-baru ini.
Bunuh dua anak kandung

Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, sebelum kejadian, suspek yang dikenali sebagai Tani Taniu bersama isterinya dan dua anaknya berada di kebun jagung milik mereka. Namun tidak lama selepas itu, si isteri mengajak suspek mencari udang di sungai berdekatan.
Tetapi siapa sangka, ajakan tersebut ternyata membuatkan suspek berang sebelum akhirnya bertindak di luar kawalan dengan melemparkan batu ke arah isterinya.
Awak ajak saya mencari udang di Kali Poli supaya saya mati dan awak boleh berkahwin lagi? – suspek
Melihat keadaan suaminya yang tidak terkawal. wanita itu menyuruh kedua-dua anaknya melarikan diri namun suspek sempat mengejar mereka dan menetak menggunakan parang.
Seorang penduduk kampung yang melihat kejadian itu cuba membantu turut diserang oleh suspek. Selepas menamatkan riwayat anak-anaknya, suspek melarikan namun akhirnya berjaya diberkas pihak polis.
Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengumpul maklumat daripada saksi dan barang bukti. Jika sabit kesalahan, suspek bakal berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Tribunnews
The post Berang Disuruh Isteri Cari Udang Di Sungai, Lelaki Tet*k Dua Anak Kandung Dengan P*rang Sampai M*ti first appeared on OHBULAN!.





