28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Neera Azizi Minta Henti Persoal Ibu Hamil Tak Berpuasa – ‘Jangan Judge, Situasi Badan Setiap Orang Tak Sama’

    Shopee Sale

    Pelakon Neera Azizi meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak, khususnya golongan wanita yang gemar mempersoalkan keputusan ibu hamil untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan.

    Artikel Berkaitan: Neera Azizi Terkilan Wanita Bersalin Czer Dipandang Rendah, Dianggap Tak Layak Jadi Ibu – ‘Masih Ada Lagi Pemikiran Macam Ni?’ 

    Artikel Berkaitan: Neera Azizi Bunting Pelamin, Umum Hamil Anak Pertama

    Ibu hamil tak berpuasa

    Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Neera atau nama lengkapnya Nurazneera Azizi, 28, mendedahkan bahawa dia sendiri merupakan salah seorang ibu hamil yang terpaksa memilih untuk tidak berpuasa atas faktor kesihatan dan keselamatan bayinya.

    Menurut Neera, keputusan tersebut diambil selepas dia menyedari perubahan pada pergerakan kandungannya ketika cuba menunaikan ibadah puasa sebelum ini.

    Ya saya pun dalam golongan tak puasa sebab hari tu dua hari puasa, dua hari tu juga lah baby tak gerak-gerak.

    Sampai doktor sendiri minta untuk jangan puasa, demi kesihatan baby. Ini doktor yang suruh tau.

    Dalam hantaran yang sama, Neera turut menitipkan pesanan kepada kaum hawa agar tidak menghakimi wanita hamil yang tidak berpuasa.

    Jangan anda wanita-wanita yang berpuasa tu jangan nak judge orang ya, Setiap badan kita lain-lain situasi dia.

    Jelasnya, setiap individu mempunyai tahap kesihatan serta situasi kehamilan yang berbeza.

    MENARIK:  Chen EXO Bakal Tutup Tirai Jelajah ‘Arcadia’ Di Kuala Lumpur Pada 29 Mac Ini

    Sumber: Threads Neera Azizi

    The post Neera Azizi Minta Henti Persoal Ibu Hamil Tak Berpuasa – ‘Jangan Judge, Situasi Badan Setiap Orang Tak Sama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah