25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Neelofa Suka Masak Di Rumah, Kemudian Beri Staf Makan’

    Shopee Sale

    Seorang pengguna media sosial berkongsi keperibadian Neelofa, berdasarkan pengalaman kakaknya yang pernah bekerja dengan selebriti itu sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Corak Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Meragukan, Mirip Kepala Kambing?

    Keperibadian Neelofa

    Menurut individu tersebut, kakaknya sering menceritakan sikap Neelofa yang sangat berdedikasi dalam menguruskan perniagaan selain memiliki disiplin tinggi.

    Kakak saya pernah kerja dengan Neelofa. Dia cakap Neelofa ini sangatlah rajin. Segala bisnes dia akan cuba dan kaji, ‘try and error’.

    Kalau ada masa sebelum pergi pejabat, Neelofa masak banyak-banyak di rumahnya kemudian datang pejabat beri makanan itu kepada staf.

    Kalau dah habis kerja di pejabat, balik rumah dia beribadat. Sebab selalu sahaja staf dia datang ke rumah untuk urusan kerja dan lain-lain.

    Neelofa sentiasa bertelekung, solat dan zikir. Rumah dia tidak jauh dari pejabat. Di pejabat dia sangat bertenaga.

    Tambah individu itu, sikap pemurah dan keprihatinan Neelofa terhadap staf menjadi antara perkara yang paling diingati oleh kakaknya.

    Sekarang kakak saya sudah tidak bekerja dengan Neelofa tapi sentiasa ingat padanya.

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata memuji keperibadian Neelofa, malah ada yang menjadikan kisah itu sebagai inspirasi untuk terus memperbaiki diri dari segi kerjaya dan kehidupan.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Berancang Untuk Merakam Semula Lagu Diari Ramadan Rafique - 'Banyak Orang Baru Tahu Saya Adalah Penyanyi'

    Sumber: Threads

    The post ‘Neelofa Suka Masak Di Rumah, Kemudian Beri Staf Makan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah