29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Natasha ‘Upload’ Mesej WhatsApp, Bukti Andika Main Kayu Tiga? – ‘Suami Perempuan Tu Pun Tak Menafikan Kecurangan Tersebut’

    Shopee Sale



    natasha upload 2

    Kecoh diperkatakan sejak semalam adalah pempengaruh Andika Putera didakwa curang oleh bekas isterinya yang juga personaliti media sosial iaitu Ananda Natasha.

    Bukti perbualan

    natasha upload

    Andika bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan malah menganggapnya sebagai satu fitnah.

    Namun, Natasha tidak berdiam diri dengan bertindak memuat naik bukti perbualan daripada sebuah telefon bimbit yang dipercayai antara bekas suaminya itu dengan seorang wanita.

    Dah bersayang-sayang, ‘baby’ bagai..tak curang ke? Belum tunjuk yang tahun 2020 tau, sebelum ada Alisha lagi.

    Ingat tak bulan 9 terkantoi yang ini? Nak saya ‘spill’ satu satu ke?

    Bukan itu sahaja, difahamkan Natasha juga berhubung dengan suami wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan Andika.

    Suami perempuan tu pun tak menafikan kecurangan tersebut, nak nafikan apa lagi?

    Natasha menerusi pendedahannya sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu pernah berlaku curang bersama staf mereka dan juga seorang wanita berstatus isteri orang.

    Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.

    MENARIK:  Didie Alias Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri Program Lawak – ‘Ramai Lagi Otai Yang Lain’

    Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.

    Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah