28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nasi Segunung Boleh Habis’ – Menghitung Hari Bersalin, Syifa Melvin Risau Selera Makan Bertambah

    Shopee Sale

    Pelakon Syifa Melvin mendedahkan bahawa menjelang fasa akhir kehamilan anak keduanya, selera makannya kini meningkat dengan luar biasa.

    Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Umum Hamil Anak Kedua – ‘Tak Boleh Sorok, Ada Je Yang Nampak’

    Artikel Berkaitan: ‘Bila Dah Kahwin, Kita Je Kenal Suami Luar Dalam’ – Syifa Melvin Rindu Safawi Rasid, Titip Doa Dari Jauh

    Selalu lapar

    Menerusi perkongsian di Threads, Syifa atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 32, mengakui terkejut dengan perubahan diri yang sentiasa lapar.

    Nasi segunung boleh habis lepas tu kerap sangat lapar, makan yang berat-berat pula tu.

    Sekarang dah masuk 36 minggu dan tiga hari, normal ke? Tapi saya lapar yang kena makan, kalau tak badan akan menggeletar dan berpeluh.

    Bagaimanapun, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid itu meluahkan rasa lega berikutan tidak lama lagi akan menjalani pembedahan caesarean untuk kelahiran cahaya matanya.

    Mujurlah elective czer 26 Januari ni, lagi dua minggu lebih kurang.

    Kalau tak, saya tak tahu jadi saiz peti ais daging apa. Peti ais frozen yang kat bawah tu.

    Sekadar info, Syifa mendirikan rumah tangga bersama Safawi pada 28 November 2022.

    MENARIK:  Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja, Merayu Jangan Buat Laporan Polis? – ’Sujud Pun Saya Sanggup, Saya Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah’

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman yang kini berusia tiga tahun.

    Sumber: Threads Syifa Melvin

    The post ‘Nasi Segunung Boleh Habis’ – Menghitung Hari Bersalin, Syifa Melvin Risau Selera Makan Bertambah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah