26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja, Merayu Jangan Buat Laporan Polis? – ’Sujud Pun Saya Sanggup, Saya Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah’

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial, Caprice, membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa seorang pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu terlibat dalam kes gangguan seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

    Gangguan seksual, hantar foto tak senonoh?

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.

    Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi pempengaruh terbabit melalui mesej di TikTok pada 1 November 2024. Dalam mesej tersebut, remaja berusia 14 tahun itu menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama CEO Batu.

    Permintaan tersebut mendapat maklum balas daripada pempengaruh berkenaan yang kemudiannya meminta nombor telefon Isha untuk berhubung melalui WhatsApp.

    Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.

    MENARIK:  [VIDEO] Linda Hashim Kecewa Beego Sengaja Lambatkan Kes, Lafaz Taklik Ditangguh Pada Februari

    ‘Nak saya sujud pun saya sanggup kak’

    Sementara itu, Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualan CEO Batu yang didakwa merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.

    Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang, sebab gambar tu saya dah ambil siap-siap nak hantar dekat teman wanita saya.

    Saya tengah kalut nak shoot video campsite. Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak. Saya masih ada orang tua untuk bagi nafkah. Kalau kak nak saya sujud pun saya sanggup kak.

    Bagaimanapun, setakat artikel ini diterbitkan, CEO Batu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah