Pempengaruh media sosial yang juga doktor perubatan, Dr. Samhan berkongsi beberapa tip mudah bagi membantu mengelakkan masalah mulut berbau pada siang hari sepanjang bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: ‘Checklist’ Amalan Terbaik Sepanjang Ramadan, Meraih Keberkatan Hakiki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Kongsi Persiapan Awal Sebelum Ramadan – ‘Berazam Untuk Buat Yang Terbaik Bagi Ramadan Kali Ini’
Tips elak mulut berbau

Menerusi hantaran di TikTok, Dr. Samhan menjelaskan antara punca utama mulut berbau ketika berpuasa adalah badan yang kekurangan air.
Menurutnya, pengambilan air kosong yang mencukupi ketika sahur dan berbuka sangat penting bagi memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi.
Pertama, pastikan minum air kosong secukupnya. Hal ini kerana apabila kurang air kosong, badan akan jadi ‘dehydrated’ lantas membuatkan mulut mudah berbau.
Selain itu, Dr. Samhan turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan bercakap secara berlebihan pada siang hari serta mengelakkan minuman seperti kopi dan teh ketika bersahur.
Kedua, kurangkan bercakap. Apabila bercakap terlalu banyak akan mengurangkan kelembapan mulut dan boleh membuatkan mulut jadi kering kemudian berbau.
Ketiga, elakkan minum kopi dan teh ketika bersahur kerana kopi dan teh adalah sejenis diuretik. Diuretik menyebabkan badan cepat kencing dan badan jadi ‘dehydrated’ kerana kehilangan banyak air.
Dalam pada itu, Dr. Samhan juga menasihatkan agar tidak mengambil bawang putih atau bawang merah secara berlebihan selain menekankan tentang kebersihan mulut.
Keempat, elakkan makan bawang putih atau bawang merah terlalu banyak kerana ia juga boleh menyebabkan mulut berbau.
Kelima, pastikan bersihkan mulut dan gosok gigi serta lidah. Kerana lidah banyak bakteria. Pastikan gosok gigi 30 minit sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur.
Sumber: TikTok
The post Nak Elak Mulut Berbau Waktu Puasa? Dr. Samhan Suruh Kurangkan Bercakap & Elak Minum Teh Ketika Sahur first appeared on OHBULAN!.





