Mengambil keputusan berundur diri ketika namanya sedang meningkat naik, Datin Emylia Rosnaida menegaskan dia tidak lagi berhasrat untuk kembali ke dunia lakonan.
Artikel Berkaitan: AC Mizal Sedih Ramai Kecam Konsert 4U2C, Hanya Minta Raikan Momen Bersejarah – ‘Ada Ahli Yang Sampai Depression’
Tak akan ‘comeback’

Menutup terus pintu hati terhadap kerjaya seni, Emylia berkata, kini dia lebih senang memikul tanggungjawab sebagai pengurus peribadi suaminya, Datuk AC Mizal, selain menumpukan peranan hakiki sebagai isteri dan ibu.
Antara faktornya adalah kekangan masa, bayangkan kalau saya dan AC aktif dalam industri, masa kami akan sangat padat.
Macam sekarang, saya jadi pengurus AC, saya sendiri rasa tak cukup masa. Tambah kalau saya masih aktif berlakon.
Sebab itu saya ambil keputusan untuk salah seorang sahaja yang aktif. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi teruskan karier sebagai pelakon. Saya korbankan karier demi anak-anak dan keluarga.
Saya lebih selasa dengan apa yang saya buat sekarang, menjadi pengurus suami dan uruskan anak-anak. Rasa seronok apa yang saya lakukan sekarang.
Emylia berkongsi perkara itu ketika ditemui usai acara busking bersama kumpulan 4U2C di Bukit Bintang, baru-baru ini.
Ditanya adakah dia tidak merindui dunia lakonan, Emylia segere menggeleng kepala meskipun sehingga kini masih menerima tawaran berlakon.
Tak rindu pun untuk kembali berlakon, waktu muda saya sudah puas berlakon. Sudah rasa hidup dalam dunia lakonan. Kalau dipanggil untuk berlakon, jawapan saya tidak.
Malah, sehingga sekarang, saya masih menerima tawaran berlakon, namun saya menolak. Saya sudah tiada jiwa untuk berlakon. Saya tutup terus buku berlakon.
Sekadar info, konset ‘WE 4U2C Live In Concert’ bakal berlangsung pada 15 September ini bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
The post Emylia Rosnaida Enggan Berlakon Lagi – ‘ Sudah Tiada Jiwa, Saya Selesa Jadi Pengurus Suami’ first appeared on OHBULAN!.





