Penyanyi Nabila Razali mengutamakan keselesaan sebagai persediaan menyambut Hari Raya dengan memastikan anaknya, Nik Muhammad mendapat tidur yang mencukupi.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Utamakan Kualiti Lagu, Nafi ‘Hard Sell’ Dalam Video Muzik – ‘Bila Dah Melekat Di Telinga, Sudah Cukup Untuk Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Jawab Kritikan Pakai Tudung Singkat & Berpakaian Jarang – ‘Saya Hanya Manusia Biasa’
Raya di Kelantan

Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 34, memaklumkan tahun ini merupakan tahun ketiga buatnya menyambut hari raya di sebelah suami di Kelantan.
Menurut pelantun lagu Peluang Kedua itu, persiapan raya masih sama seperti tahun sebelum ini namun dilebihkan dari segi tenaga ekoran anaknya yang sudah mula berjalan.
Tahun ini saya beraya di Kelantan. Sebab tahun lepas anak saya masih kecil, tak pandai berjalan lagi. Saya tak yakin nak bawa berjalan jauh.
Tahun ini saya sangat tak sabar nak raya. Anak dah pandai jalan. Dah comel dah kalau pakai baju melayu.
Dari segi persiapan, sama saja macam tahun-tahun sebelum. Cuma kena lebihkan dari segi tenaga sebab Muhammad dah ada kaki.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Lagu Raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Nabila turut berharap agar orang ramai dapat menjaga batas dengan tidak sesuka hati mencium anaknya sebagai inisiatif mengelakkan daripada dijangkiti sebarang penyakit.
Saya tiada masalah untuk orang pegang anak saya. Cuma jangan dicium saja. Saya tak setuju kalau ada orang di luar sana yang nak cium pipi ke dahi atau badan. Kalau boleh kita elakkan.
Sebab hujung-hujung kesihatan anak, kita yang jaga. Kadang-kadang orang tak faham.
Cara urus anak

Berkongsi lebih lanjut, Nabila meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan apabila memiliki anak lelaki yang disifatkan mendengar kata.
Tambah Nabila Razali, keselesaan anak merupakan kunci utama bagi memastikan tiada sebarang ragam luar biasa selain memastikan mereka mendapat makan dan tidur yang mencukupi.
Alhamdulillah, saya bersyukur Muhammad seorang anak yang sangat baik dan mendengar kata.
Saya hanya akan pastikan anak dapat tidur dan makan yang cukup. Kalau kata dia tak boleh panas, kita bawa kipas.
Apa saja yang boleh buat dia selesa. Saya tak mahu paksa buat perkara yang dia tak suka.
The post Nabila Razali Teruja Beraya Di Kelantan, Kongsi Cara Urus Anak Tantrum – ‘Kalau Tak Boleh Panas, Kita Bawa Kipas’ first appeared on OHBULAN!.





